CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Bom udara lama dijumpai di Georgetown

3-7-2013 09:47 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6334| Komen: 39

GEORGETOWN - Sebutir bom udara jenis Arial dijumpai di sebuah tapak pembinaan, Jalan Barnett hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata bom sepanjang 86sm dengan garis pusat 70sm itu akan diletupkan di lokasi sama ia dijumpai.

"Bom yang telah berkarat itu ditemui pekerja tapak projek ketika mereka sedang mengorek tanah di kawasan berkenaan pada pukul 11.45 pagi," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata bom itu dipercayai digugurkan dari kapal terbang pada zaman Jepun dan tertimbus ke dalam tanah.

Sepasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) digegaskan ke lokasi kejadian dan penduduk terlibat diminta mengosongkan kawasan berhampiran lokasi bom itu akan diletupkan.

"Kita sedang menunggu keputusan daripada pakar yang akan menjalankan kerja ini dan mungkin bom terbabit akan diletupkan dengan cara mengambusnya dalam tanah sebelum diletupkan," katanya.

Tinjauan sehingga pukul 6 petang mendapati pasukan keselamatan masih membuat persiapan untuk meletupkan bom itu menggunakan kaedah paling selamat bagi mengelak kejadian tidak diingini. - 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote roblucci 2-7-2013 09:06 PM
terkenal lagi Penang nampaknya
Quote cmf_herrhughie 2-7-2013 09:08 PM
ni antique...bukti sejarah pengeboman jepun di penang
Quote ogre 2-7-2013 09:09 PM
cmf_herrhughie posted on 2-7-2013 09:08 PM
ni antique...bukti sejarah pengeboman jepun di penang

bahayanya pulau pinang
Quote cmf_herrhughie 2-7-2013 09:11 PM
ogre posted on 2-7-2013 09:09 PM
bahayanya pulau pinang

georgetown bandar bersejarah.

bomb ni tak bahaya la...berbanding dgn Lynas.
Quote cmf_herrhughie 2-7-2013 09:12 PM
ogre posted on 2-7-2013 09:09 PM
bahayanya pulau pinang

jgn lupa KL bandar paling bahaya dlm dunia ini, dah disahkan.
Quote ogre 2-7-2013 09:12 PM
cmf_herrhughie posted on 2-7-2013 09:11 PM
georgetown bandar bersejarah.

bomb ni tak bahaya la...berbanding dgn Lynas.

kalau meletup bagaimana

Quote izamahmed 2-7-2013 09:12 PM
antik ni. jual mahal. hahaha
Quote ogre 2-7-2013 09:14 PM
cmf_herrhughie posted on 2-7-2013 09:12 PM
jgn lupa KL bandar paling bahaya dlm dunia ini, dah disahkan.

disahkan oleh siapa pula.

Quote cmf_herrhughie 2-7-2013 09:14 PM
ogre posted on 2-7-2013 09:12 PM
kalau meletup bagaimana

biasanya mcm fireworks saja la..



Quote cmf_herrhughie 2-7-2013 09:15 PM
ogre posted on 2-7-2013 09:14 PM
disahkan oleh siapa pula.

u tak tahu ke ranking kebelakangan ni?
Quote ogre 2-7-2013 09:17 PM
cmf_herrhughie posted on 2-7-2013 09:15 PM
u tak tahu ke ranking kebelakangan ni?

agak2 la kl tu paling bahaya di dunia. takkanlah baghdad / kabul tu lagi selamat dari kl

Quote cmf_herrhughie 2-7-2013 09:20 PM
ogre posted on 2-7-2013 09:17 PM
agak2 la kl tu paling bahaya di dunia. takkanlah baghdad / kabul tu lagi selamat dari kl

KL dah setaraf bahaya dgn negara2 tersebut...

mereka tu ada perang, KL ada byk mat rempit, perompak, perogol, penyamun, penipu, pengotor..dll
Quote ogre 2-7-2013 09:20 PM
cmf_herrhughie posted on 2-7-2013 09:20 PM
KL dah setaraf bahaya dgn negara2 tersebut...

mereka tu ada perang, KL ada byk mat rempit, pero ...

dekat penang, orang bawak kereta macam cina bukit

Quote cmf_herrhughie 2-7-2013 09:26 PM
ogre posted on 2-7-2013 09:20 PM
dekat penang, orang bawak kereta macam cina bukit

[youtube]PWQDSVAmTjE[/youtube]

street fighting adalah identiti KL
Quote izamahmed 2-7-2013 09:35 PM
cmf_herrhughie posted on 2-7-2013 01:26 PM
street fighting adalah identiti KL

KL menjeriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiit
Quote izamahmed 3-7-2013 09:48 AM
cmf_herrhughie posted on 2-7-2013 01:14 PM
biasanya mcm fireworks saja la..

ada2 je korang ni
Quote amyainsamad 3-7-2013 12:13 PM
aktif lg ke?
Quote izamahmed 3-7-2013 12:18 PM
amyainsamad posted on 3-7-2013 12:13 PM
aktif lg ke?

pernah dengar berita, masih aktif.
mungkin dekat2 nak puasa deorg nak buat firework
Quote eco_internet 3-7-2013 12:20 PM
Kalau bom tu meletup, tenggelam tak pulau tu...

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 12:28 AM GMT+8 , Processed in 0.174626 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top