CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aliff Aziz Didakwa Curang Lagi, Keluar Dengan Wanita "Saya Rasa Orang Yang Nampak Tersalah Kot, Might Be My Cousin"

18-7-2023 05:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6821| Komen: 54

Aliff Aziz menafikan dakwaan dirinya dilihat keluar bersama seorang wanita.

Katanya dia terkejut dengan gosip yang timbul kerana isterinya Bella Astillah mengetahui setiap aktivitinya.


Foto: IG

“Sebenarnya saya dan isteri terkejut juga sebab dia tahu almost setiap hari saya bekerja.

“Dan ada beberapa kali my cousin datang belah Umi dan saya bawa mereka keluar kerana dah lama mereka tak ke Kuala Lumpur. 

“So, saya rasa orang yang nampak tersalah kot. Might be my cousin.. jadi saya dan Bella pun terfikir siapa individu yang dimaksudkan tu.

“Atau mungkin kalau nak keluar dengan siapa-siapa, saya kena buat instagram story lah,” katanya kepada Melodi.



Aliff juga mengakui sebagai selebriti dirinya tidak terlepas dari menjadi perhatian.

Malah, dia tetap dengan pendiriannya tidak akan memberikan penjelasan secara terperinci terhadap isu yang dirasakan tidak penting.

“Memang kita akan sentiasa dilihat oleh orang tapi pada saya as long as i know i am not doing anything wrong or i am going out with my family members or kawan-kawan, saya tak rasa saya perlu memberikan penjelasan tentang itu.

“Tapi disebabkan dakwaan itu, saya sendiri tidak tahu sebab tak ada gambar. Kalau ada gambar mungkin saya boleh explain. 

“People need to understand good or bad kita akan ada hari yang kita mungkin keluar meeting. cuma bila ada yang mendakwa saya ‘buat hal’ saya bukan orang yang baik baru nak belajar-belajar jadi baik nampak dia bersama dengan wanita it’s okay tapi kalau buat hal dari segi apa?



“Kalau saya berjalan dengan sepupu atau adik beradik saya bukan ke itu jadi satu fitnah.

“Baik atau buruk saya hargai dan mohon doa dari semua supaya kita dapat memperbaiki apa yang kurang,” jelasnya.

Tambahnya, selain tidak dapat mengubah persepsi orang di luar sana yang sentiasa mengaitkan dirinya sebagai ‘playboy’, Aliff memohon maaf terhadap segala kesilapan lampau yang pernah dilakukannya.


“Saya mohon maaf kepada semua untuk kesilapan-kesilapan lalu yang tak dapat saya nak ubah sekarang ni.

“Tapi apa yang saya boleh lakukan adalah sentiasa peka, hati-hati dan saya juga manusia biasa tak lari dari melakukan kesilapan dan saya mohon doa dari semua supaya saya sentiasa terjaga, insya-Allah,” ujarnya.-CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 18-7-2023 05:22 PM
Menguappppppp
Quote dudaberhias 18-7-2023 05:37 PM
kalau curang pun acik2 tak heran dah pun... ulang2 itu je lah mo tiap2 tahun...

hanya cikki muka pinggan kemek je masih rela nak mengadap putik jagung heols yang heols duk buat senaman2 dalam tandas tu berlatar belakangkan mop putih...

sebab saiz budak tadika maka kena la kuatkan otot supaya bersama cikki nanti boleh senaman2 ciknek sambil menyelam ala2 berenang ber irama...

Quote anony-mous 18-7-2023 05:39 PM
Yg pitenoh tu mana bukti? Kasi la bukti bergmbar tu suruh alip jawap.
Quote laicibiru 18-7-2023 05:40 PM
same ol same ol. Weols pon penat dah nak pura-pura terkejut
Quote Suchi 18-7-2023 05:59 PM
Sanggup dia wat parodi makan kentang tu ye
Btw sila la tunjuk gambar kalau benar bagai di kata.

Zaman cctv di mana2 ni rasanya retis2 pun dah semakin behave kang tak memasal mkn pasir jer kang
Quote lattehazelnut 18-7-2023 06:20 PM
Kalau cousin xkan berdua je
Xde family or gi je la jalan sorg2
Bukannye xde grab ke ape
Quote LadyCarefree 18-7-2023 06:44 PM
Nabelah kawal ketat ya?
Quote jambatannetizen 18-7-2023 06:47 PM
Tapi apa pun cringe tengok gambar dia post ini

[ig]https://www.instagram.com/p/Cux0_xYvJev/?igshid=OGIzYTJhMTRmYQ==[/ig]
Quote aemon 18-7-2023 06:47 PM
Lantok ko la kalau tin biskut kemek nak indenial lagi.
Quote AmandaRollins 18-7-2023 06:52 PM
Padan muka kau bella
Quote cahaya_almas 18-7-2023 07:50 PM
Ttgk dia dlm drama tv3 jam 7.00..heroin pn tk kenal..dia lak jd hero...i tgk jgklah kejap2.walau skip 2 3 hari i leh agak dh citer mcm mana..haha...
Quote DeLuna85 18-7-2023 08:12 PM
Kazen tu serupa dia ke ibarat kembar seiras?
Quote Zeatyisaac 18-7-2023 08:53 PM
I okay je. Cerita sama, pengarah tak berapa kreatif, so I okay je.
Quote Mizlyn 18-7-2023 08:56 PM
Tiap thn mesti ade kes curang he ni..
Quote OshinDaSolja 18-7-2023 11:33 PM
asyik2 kes yg sama je mamat seberang tambak ni...takde benda lain ke berkaitan heollz ni yg sedap dibaca..
Quote hangdenim 19-7-2023 04:58 AM
Ikon selingkuh kategori lelaki separa insaf
Quote Manusiabesa 19-7-2023 05:10 AM
Yeke tu kezen.bkn diri sndiri...pstu damage control ke lep? Xpe la..kau huntung...apa jd pun nabelahh tehtap setia xlarikkkk.
Quote gideoncross 19-7-2023 03:06 PM
jambatannetizen replied at 18-7-2023 06:47 PM
Tapi apa pun cringe tengok gambar dia post ini

Basic je muka dia, klau pkai makeups je bru nmpk ala2 Selena Gomez.
Quote teen_angelJB 19-7-2023 03:30 PM
Tunjuk la muka kazen dia yg acah2 sama tu

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-10-2024 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.111212 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top