CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rogol Dan Amang Seksual Anak Kandung Hingga Bersalin, Bapa Dipenjara 218 Tahun Serta 75 Sebatan

18-7-2023 04:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1872| Komen: 33

Muar: "Kamu tak terfikir ke masa depan dia sebelum buat? Ini anak menjadi tanggungjawab dan amanah pada kamu sebagai ayah.

"Anak-anak adalah rezeki, malah ada orang masih belum dapat anak walaupun macam-macam buat termasuk jumpa doktor,"  teguran Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat sebelum menjatuhkan hukuman penjara 218 tahun serta 75 sebatan terhadap seorang bapa selepas mengaku bersalah merogol dan amang seksual anak kandung hingga bersalin, sejak 2020.


Tertuduh, 41, bekerja kampung mengaku bersalah terhadap kesemua lapan pertudungan dengan tujuh daripadanya membabitkan rogol yang bermula ketika anaknya berusia 12 tahun.

Foto: Harian Metro

Mengikut fakta kes, kejadian pertama berlaku apabila tertuduh melakukan amang seksual fizikal terhadap anaknya pada waktu malam pada 2020.

Selepas itu, tertuduh melakukan perbuatan jijik terhadap mangsa pada Oktober tahun sama dengan merogolnya dan kejadian terakhir berlaku pada 8 pagi, 5 Jun lalu.



Mangsa yang baru melahirkan anak lelaki minggu lalu dalam laporannya memberitahu, tertuduh turut memanjat bilik selepas mangsa menukar kunci bagi mengelak dirogol namun gagal.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, kejadian terbongkar selepas pemeriksaan kesihatan dijalankan di sekolah mangsa dan mendapati berlaku perubahan fizikal pada tubuhnya.

Mangsa ketika itu tidak mengetahui dia mengandung sebelum membuat laporan polis terhadap tertuduh.

Tertuduh pertama kali didakwa pada 14 Jun dan mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan. Semua kejadian berlaku di sebuah rumah dekat sini.

Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, dan dibaca bersama Seksyen 16 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan juga sebatan.

Dia juga didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 30 tahun dan juga 10 kali sebatan.

Sebaik mendengar hujahan pihak pendakwaan serta rayuan tertuduh, mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan tiga sebatan serta tambahan tiga tahun dan dua sebatan untuk kesalahan amang seksual fizikal.

Bagi kesalahan merogol pula, mahkamah menjatuhkan hukuman maksimum iaitu 30 tahun penjara dan 10 kali sebatan untuk setiap pertuduhan.

Bagaimanapun, bagi hukuman amang seksual fizikal, mahkamah mengarahkan kedua-duanya dijalankan secara berasingan manakala kesalahan merogol berjalan serentak dengan semua hukuman bermula dari tarikh ditahan 8 Jun lalu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alieyrina 18-7-2023 06:06 PM
Sebat2 tu tak boleh buat live ka. Babi betul manusia sangap lubang mcm ni. Takkan kena 10 sebatan ja
Quote jasmeen 18-7-2023 06:13 PM
binatang punya syaitan.moga kau disiksa dipenjara
Quote Kitty_catz 18-7-2023 06:18 PM
ini bapak dari nurake gaissss
Quote tikusmontok 18-7-2023 08:48 PM
Sampai panjat dinding semata2 nak puaskan napsu syaiton, kenapa ko tak tala tiang letrik jer siyal
Quote shy79 18-7-2023 08:57 PM
eiii bab* bini ko mana?
ko menutuh la bini ko bengong..
ke bini pun spesis bengap..
geramnya aku spesis giler seks nih
Quote laicibiru 18-7-2023 09:10 PM
semoga dilaknat oleh Tuhan & kena pedajal dalam penjara oleh banduan lain. Tak payah layan sampah ni macam manusia
Quote Decaffeinated 18-7-2023 10:50 PM
Takde kajian ka apa yang berlegar2 dalam otak pelaku sumbang mahram ni. Obviously they don't think or feel like normal people.
Quote balakkampung 19-7-2023 09:51 AM
218 tahun?..naaahhaiiii...piraun pon tak sampai umor tu..apapon simpati pada mangsa.
Quote mejaputih 19-7-2023 09:55 AM
Bila hukuman jalan serentak jadi brp tahun di a kena meringkuk dlm penjara?
Quote sfrnna 19-7-2023 10:49 AM
Last jadi bulan jun haritu? Masa dia pregnant la kan. Mana pergi maknya? Kesiannya. Jauh lg perjalanan hidup budak tu. Macam mana la nak hadap trauma macam ni
Quote mawardia 19-7-2023 10:55 AM
Bazir duit cukai aku je bagi iblis ni makan dlm jail tu. Tembak je la bagi mampus!
Aku doakan iblis ni kena hentam dgn inmates dlm tu sampai cacat!
Quote orangbiasaje 19-7-2023 11:12 AM
alieyrina replied at 18-7-2023 06:06 PM
Sebat2 tu tak boleh buat live ka. Babi betul manusia sangap lubang mcm ni. Takkan kena 10 sebatan ja

Sepatutnya ya, kalau Islam ikut hukum ya. Sebagai pengajaran kepada masyarakat.
Quote Tinot7 19-7-2023 11:22 AM
Mana maknya?

Kalau kes mcm ni, bg hukuman mati lagi elok..
Quote jari10 19-7-2023 11:43 AM
Takde sesape ke ada info pasal kes atau keluarga ni? Aku cuma nak tau mana mak dia??
Quote JunkMail 19-7-2023 12:09 PM
Punyalah sangap lahanat ni sampai panjat dinding nak menutuh anak sendiri. Patut kena rejam je lah kasi mampos. Kalau tak kena tangkap memang sampai ke sudah la kau menutuh budak tu . Sial
Quote dua_chzy 19-7-2023 12:10 PM
Barangkali anak perempuan tew anak luar nikah heols. If uols get what I mean.
Quote puccafan 19-7-2023 12:23 PM
Laki kena hidup susah. Biar habis tenaga keje fizikal or keje guna otak. Sesuai dengan fitrah lelaki Tuhan ciptakan jadi kuat. Bila hidup senang, camni la jadinya.

Aku suspek keje kampung banyak masa lapang. Pastu pegi tengok poron. Dah bernafsu, otak tak berfungsi betul dah. Yg penting settle bg nafsu lega . Kalo suka sgt tengok poron, tunggu la time bini ada kt umah, dah naik syeh, settle dgn wife.
Apa2 pun laki ni memang jahat. Sebab rosakkan anak sendiri. Moral dah rosak, lempar bg makan buaya kt zoo jela.

Tapi sebab dia jahat, aku harap sebelum meninggal dia sakit menderita kt bahagian p$n¢$ bertahun2 sebelum mati. Biar rasa sengsara hidup tapi lambat ajalnya.
Quote jerukkedondong 19-7-2023 12:33 PM
I m speechless..
Terimakasih pd tuan hakim yg jatuhkn hukuman
Quote gideoncross 19-7-2023 03:10 PM
shy79 replied at 18-7-2023 08:57 PM
eiii bab* bini ko mana?
ko menutuh la bini ko bengong..
ke bini pun spesis bengap..

Dlu majalah Jelita prnh kluarkn issue psl sumbang mahram & this professor bgithu llaki2 yg jnis cmni brnfsu sngt kat ank prmpuan sndri sbb dorg ni mungkin sllu tdo sma2 kat ruangtamu psl xde bilik tdo, msa tdo mlm mungkin kain or bju ank trselak & pling truk, bini xmmpu nak layan nfsu syahwat suami, so bila dh xmmpu, ank prmpuan sndri jdi mngsa & mungkin c laki pun dh ugut bini & ank spya jgn laporkn kat polis.

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 04:27 PM GMT+8 , Processed in 0.051141 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top