Seorang lelaki ditemui mati sambil memeluk beg plastik berisi wang tunai. Mayat lelaki tersebut ditemui bersebelahan gerai makan di Kota Samarinda, Indonesia pada 16 Jun lalu.
Menurut Ketua Polis Samarinda, Aiptu Harry Cahyadi menemukan sepasang seluar pendek berwarna coklat, kain pelikat berwarna hijau dan beg plastik yang disangkakan pakaian di dalamnya sehari selepas mengemas barang-barang mangsa. Namun apabila dibuka, alangkah terkejutnya apabila bungkusan tersebut mengandungi kepingan wang yang dikoyak dua. Beliau kemudian ke pejabat pewakilan Bank Indonesia bagi mengesahkan penemuan wang RM7,260 (24 juta Rupiah) itu dan ternyata kesemuanya adalah wang tulen. "Mereka (Bank Indonesia) pun hairan, sebab selalunya penemuan wang dalam keadaan terkoyak teruk, dibakar atau dimakan anai-anai. Sebab itu mereka kata ini penemuan pertama di Indonesia."
Cahyadi mendedahkan bahawa terdapat individu yang mengakui mangsa adalah ahli keluarga mereka. Yakin dengan itu, pihaknya kemudian menjemput keluarga mangsa untuk bertemu dengan pihak bank bagi membincangkan pembayaran semula wang tersebut. Menurut keluarga mangsa, wang itu akan digunakan untuk membaiki kubur, zakat, infaq, sedekah dan tahlil arwah selepas RM212 (700, 000 Rupiah) daripada wang tersebut berjaya diselamatkan. Susulan itu, pihak polis telah mengenalpasti identiti mayat tersebut yang dikenali sebagai Ahmad Usuf. Mangsa dikatakan hidup terbiar bertahun-tahun walaupun memiliki keluarga. Adik mangsa, Arida mendedahkan bahawa mangsa sudah lama menyepi dan walaupun sudah berkali-kali keluarga memujuknya untuk pulang namun mangsa tetap menolak. Dalam pada itu, keluarga mendakwa mangsa yang berusia 66 tahun itu mengalami depresi setelah ditinggalkan kekasih dan mengasingkan diri dari keluarga sejak tahun 1978. Mangsa pernah menyatakan bahawa dia ingin memiliki wang sebanyak RM 303 (1 juta Rupiah) dan akhirnya dia berjaya ‘memeluk’ wang tersebut. Wang yang ditemui itu adalah pemberian orang. Bukan dari hasil mengemis.-CARI Sumber: Tribunnews/ohbulan
|
Tinot7 replied at 19-7-2023 10:35 AM
Takziah kpd keluarga..
Kecian betui depresi sbb ditinggalkan kekasih.. apecer kekasih dia tu?
Carcosa replied at 19-7-2023 10:28 AM
Hanjing betul family Yindon ni. Org tu dah meninggal, serta merta serbu nak claim. Time org tu hidup ...
gideoncross replied at 19-7-2023 03:20 PM
Mungkin d khwinkn dgn llaki lain pilihan family, biasalh zmn dlu. Prmpuan xde hak utk brsuara.
gideoncross replied at 19-7-2023 03:20 PM
Mungkin d khwinkn dgn llaki lain pilihan family, biasalh zmn dlu. Prmpuan xde hak utk brsuara.
Jitu replied at 19-7-2023 10:16 PM
pergh smpi depresi sbb pompuan
betul ke
mcm tak logik je
Tinot7 replied at 19-7-2023 08:56 PM
Cian pulak mcm romeo and juliet yg berpisah.. giteww..
tikusmontok replied at 19-7-2023 09:09 PM
Takpun datang msia jadi babu pastu kawin ngan org sini lepas berjaya caras laki majikan
gideoncross replied at 20-7-2023 02:27 PM
Boleh jdi, dlu pun ada forumer sini bgithu yg pkcik dia mmilih utk trus single sbb dia punya the o ...
gideoncross replied at 20-7-2023 02:25 PM
Apa khbr?
Tinot7 replied at 20-7-2023 02:36 PM
Woahh... dasat!!!
Jitu replied at 20-7-2023 04:34 PM
Alhamdulillah masih ok
lama tak mesej kan
sy busy sikit skrg ni
Jitu replied at 20-7-2023 04:34 PM
Alhamdulillah masih ok
lama tak mesej kan
sy busy sikit skrg ni
ADVERTISEMENT