CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ismahalil Hamzah Terharu Dapat Makan Burger "Dah Dua Tahun Tak Makan Benda-Benda Macam Ini"

18-7-2023 04:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1807| Komen: 14

Selepas dua tahun dipenjarakan, Ismahalil Hamzah terharu dapat menikmati hidangan burger daripada jenama makanan terkenal.

Ismahalil berkata demikian ketika mengadakan sesi siaran langsung (live) di akaun Facebook miliknya yang baru dicipta.


“Dah dua tahun tak makan benda-benda macam ini,” katanya.

Ismahalil turut meluahkan kerinduannya untuk melihat konti Bapakku Fm.


Foto: Tiktok

“Rindu nak tengok konti Bapakku Fm itu. Tak mengapalah, perlahan-lahan. Bukan sahaja anda nak kata rindu, saya pun rindu.

“Alhamdulillah kebebasan ini sebenarnya kasih sayang doa-doa kawan-kawan semua,” ujarnya.

Dalam sesi siaran langsung itu juga, mengumumkan akan berehat sebentar untuk menghormati ibunya yang kini sedang sakit.

“Abang Isma nak rehat dulu sebab nak balik kampung. Menghormati mak abang Isma yang tak sihat,” ujarnya.


Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam melepas dan membebaskan bekas penyampai radio (DJ), Ismahalil Hamzah daripada pertuduhan mengedar dadah di rumah sewanya di Jalan Semarak, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menjatuhkan hukuman itu terhadap pengasas `Bapakku FM’ itu selepas pihak pembelaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 18-7-2023 04:32 PM
ok... so heols tak bersalah la tu kan dan kiranya yang dia claim kena sabotaj tu betul?

Quote Rotipitadaging 18-7-2023 04:44 PM
dudaberhias replied at 18-7-2023 04:32 PM
ok... so heols tak bersalah la tu kan dan kiranya yang dia claim kena sabotaj tu betul?

Bkn sblm2 ni pun penah kantoi jugak ke??
Quote dudaberhias 18-7-2023 04:51 PM
Rotipitadaging replied at 18-7-2023 04:44 PM
Bkn sblm2 ni pun penah kantoi jugak ke??

rasanya macam ye kaka... tapi entah lah... kira susah jugak yach heols nak terlepas tu...
mungkin boleh jadi la tu kena sabotaj...


Quote Rotipitadaging 18-7-2023 04:53 PM
dudaberhias replied at 18-7-2023 04:51 PM
rasanya macam ye kaka... tapi entah lah... kira susah jugak yach heols nak terlepas tu...
mungkin  ...

Kalau dah lebih sekali mcm mustahil org pedajal....pelik2
Quote supernaturalee 18-7-2023 05:13 PM
fav dj zaman2 radio muzik mendonia
wayyy b4 kewujudan radio era

pnh kol heol di konti jgk
gigih tau dail berkali2 baru lps masuk
Quote maitang 18-7-2023 08:42 PM
sama, memori time sekolah gigih dail beratus kali dapat la tembus sekali..
Quote prince_marhaen 20-7-2023 10:40 AM
sabotaj tak sabotaj.....dah boleh la benti mendadih batu ke ketom ke...nak jadi dj lagi kan..... dugaan tahan mata tahan ngantuk...idea bercakap tu dah tua-tua ni takut ke dalam balik jap lagi... hihihi
Quote lasagna 20-7-2023 10:47 AM
lahh dah keluar ke? kaka bygkan heols mcm baru kena tangkap jer.
tup tup dah 2 taon ke dalam..
Quote NazRysha 20-7-2023 10:49 AM
Edited by NazRysha at 20-7-2023 10:56 AM

kalau kes mcm ni mmg senang lepasSebab rumah sesiapa saja boleh akses
kecuali kes melibatkan AP.

Quote Sazreena 27-7-2023 09:30 AM
Anggap je la ni peluang terakhir. Nasib la tak bersalah. Dapatlah tengok anak ko kawin dlm 3 bulan ni. Isma ni antara pioneer buat ceta hantu kat konti. Yg bebudak Era kononn viral dapat caller misterius..hmm Isma ni dah buat dulu dik. Tapi versi dia lagi legit.
Quote nano 27-7-2023 09:36 AM
Alhamdulillah..
boleh jadi dia akan lebih memaknakan hidup dia lepas ni dr org2 yg dok mengata tu

Allah turunkan ujian bersebab
Quote KelisaSilver 27-7-2023 09:55 AM
semoga benar2 insof ya. kali ni terlepas la. lain kali belum tentu.
Quote Zeatyisaac 27-7-2023 10:57 AM
Kekadang bukan sebab tak bersalah, tapi tak cukup bukti, atau waktu penangkapan tu, di tak dibacakan haknya, atau tidak wujud prima facie dalam hearing. Banyak sebab lagilah, bukan sebab tak bersalah semata.
Quote Burong_Hantuk 27-7-2023 06:45 PM
Moga lepas ni jgn buat taikkk lagi ...sudah2 la umur dah senja

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-10-2024 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.057604 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top