Syifa Melvin menunjukkan salah satu soalan yang diberikan pengikutnya menerusi sesi ‘Question And Answer’ (Q&A) di platform berkenaan. Berdasarkan soalan yang diberikan, individu itu telah bertanyakan soalan kepadanya tentang cara untuk memikat lelaki, namun soalan tersebut tidak disertakan dengan tanda tanya sekaligus merujuk lelaki yang dimaksudkan itu adalah suaminya, Safawi Rashid.
“Macam mana nak mengurat lelaki kak Syifa… Kita nak mengurat tapi takut. “Tapi dia memang single. Kita nak dia,” komen netizen berkenaan. Tidak melatah dengan soalan yang diberikan, Syifa bagaimanapun memuat naik hantaran berlainan dan memaklumkan betapa pentingnya penggunaan tanda baca pada setiap soalan yang diajukan disertakan dengan emoji ketawa.
“Haa, baru hampa tau betapa pentingnya tanda baca,” katanya. Terdahulu, Syifa dan suaminya yang juga pemain sayap untuk kelab Ratchaburi, Safawi Rashid telah mengumumkan bahawa mereka bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi. -CARI
|
ADVERTISEMENT