Gaun seakan-akan ratu jahat dalam cerita Snow White yang digayakan oleh penyanyi Ziana Zain dalam klip lagu Waktu menarik perhatian netizen. Pereka fesyen Kel Wen dari Behati mengakui ia adalah antara gaun yang paling sukar untuk disiapkan kerana rekaannya yang kompleks dengan 'spiked hand-pleating'.
“Dress paling sukar yang pernah saya buat, dengan pembinaannya yang kompleks, ia mengambil masa seminggu untuk menyelesaikannya. "Dari music video brief, ini adalah interpretasi saya tentang Ratu jahat Snow White. Saya sentiasa mahu bereksperimen dengan ‘sharp draping’, istilah yang saya gunakan untuk menggambarkan rupa baharu ini, di mana saya mencipta silhuottes yang tajam dengan draping dan bukannya rounded volume biasa," kata Kel Wen. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat memberikan pelbagai reaksi mereka yang terpegun melihat penampilan penyanyi yang terkenal dengan lagu Madah Berhelah ini, malah ada yang berseloroh menyifatkan Ziana ‘berjangkit’ dengan cara pemakaian penyanyi, Aina Abdul yang sememangnya unik .
Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT