CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Didakwa Di Mahkamah Cekik Adik Sampai Mati, Tiada Pengakuan Direkodkan

18-7-2023 02:00 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1309| Komen: 7

Melaka: Seorang remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh adik kandungnya berusia sembilan tahun, dua minggu lalu.

Bagaimanapun tertuduh yang berusia 14 tahun hanya menunduk dan tiada pengakuan direkodkan sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman.


Ahli keluarga remaja yang mencekik adiknya turut hadir pada prosiding di Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka. - Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI/KOSMO!

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja telah menyebabkan kematian terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun.

Kesalahan itu dilakukan antara pukul 11.30 pagi hingga 12.35 tengah hari dalam daerah Melaka Tengah pada 5 Julai lalu.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Ehsan Nasarudin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh untuk dihantar ke Hospital Permai di Tampoi, Johor bagi menjalani pemeriksaan psikiatri dan menetapkan tarikh 22 Ogos depan untuk sebutan semula kes.

Pada 6 Julai lalu melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas dipercayai dicekik abang kandungnya di Kampung Bukit Piatu, di sini.

Kejadian tersebut disedari ibu mangsa yang melihat kejadian melalui rakaman televisyen litar tertutup yang diakses menggunakan telefon pintarnya sebelum meminta pertolongan jiran untuk memeriksaan keadaan dua beradik itu. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 18-7-2023 02:29 PM
Kes ni pun aku kesian.....
Quote hareeeesah 18-7-2023 03:01 PM
Mmg xboleh ke terus bawa check kat hospital bila dh tau dia ada problem? Mmg kena tunggu perintah mahkamah la dulu ye? Lama jgk menunggu pastu nnt bicara lg..
Quote noor2 18-7-2023 03:08 PM
Kesiannya family ni...kesian anak  ni dan arwah adik
Quote ina_na 18-7-2023 04:04 PM
Knp x trs bawak p check mental ye...sbb dia dr trauma tkt jd skizo ke, bipolar ke,pysopat ke...kesian tkt anak ni otak dia dah damage x tau mn satu btl.. hidup dlm kecelaruan
Quote chiyoasuka 31-7-2023 01:49 AM
kesiann sgt.. smoga dipermudahkan urusan buat mereka…
Quote koko12 1-8-2023 02:42 PM

kesiann sgt.. smoga dipermudahkan urusan buat mereka…
Quote Suchi 1-8-2023 03:05 PM
Kes ni boleh nak kesian kat OKT tp kes rodok perut kekasih tu huh mmg tak patut
Tu pun bulan ni gak akan dibicarakan.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.036239 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top