CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lapan Tahun Wanita Kena Gangguan Seksual, Polis Minta Kerjasama SKMM Kesan Stalker

18-7-2023 01:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 771| Komen: 2

PETALING JAYA – Polis akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengesan suspek membuat gangguan seksual terhadap seorang wanita sejak lapan tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya sudah merakam keterangan mangsa, Ahad lalu.

Foto: Kosmo

“Keterangan mangsa berhubung kejadian yang sudah diambil dan laporan polis juga sudah diterima.

“Buat masa ini suspek masih dikesan dan kita minta bantuan daripada SKMM untuk membuat penelitian terhadap akaun media sosial suspek,” katanya ketika dihubungi Kosmo!

Menurut beliau, siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia (AKMM) 1998.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang wanita yang juga jurugambar tempatan meluahkan rasa penat dan marah selepas bertahun-tahun diganggu ‘stalker’ (penghendap) seorang lelaki.


Pendedahan itu dibuat oleh Acacia Diana di laman Instagramnya yang mendakwa gangguan itu berlaku sejak 2016 disertakan pelbagai bukti hantaran mesej yang berunsur kandungan lucah dilakukan lelaki terbabit.

Sehubungan itu, kertas siasatan berhubung wanita terbabit yang menerima gangguan seksual daripada seorang lelaki tempatan secara dalam talian sejak tahun 2016 dibuka dan direklasifikasi semula. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 18-7-2023 04:27 PM
Mmg saiko gendut tu..
Quote chiyoasuka 31-7-2023 01:44 AM
ihh menyeramkan

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.028814 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top