CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penduduk Kampung Bakar Rumah Dan Belasah Ibu Yang Bunuh Perogol Anak

18-7-2023 01:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1338| Komen: 14

Seorang ibu cedera parah selepas dibelasah oleh penduduk kampung yang turut membakar rumahnya.

Sumber menyatakan wanita berusia 35 tahun itu telah membunuh remaja lelaki yang merogol anak perempuannya berusia tiga tahun.


Bagaimanapun, tindakan wanita itu tidak disukai oleh penduduk kampung yang mengamuk beramai-ramai dan terus membakar rumah tersebut tanpa berfikir panjang.

Gambar Hiasan

Kejadian yang berlaku di Kapsabet, Kenya itu menyaksikan remaja lelaki yang dibunuh tersebut pernah merogol anaknya ketika kanak-kanak terbabit berusia 2 tahun.

Bagaimanapun pihak mahkamah tempatan membebaskan remaja itu kerana didapati mempunyai masalah mental tetapi setahun kemudian dia sekali lagi merogol kanak-kanak yang sama.

Insiden tersebut membuatkan si ibu berang dan bertindak untuk menghukum remaja berusia 13 tahun itu sendiri dengan membunuhnya.


Berdasarkan laporan, si ibu telah menghubungi pihak polis meminta untuk diselamatkan daripada penduduk yang marah dan menyerangnya.

"Wanita itu berjaya diselamatkan meskipun beberapa anggota polis turut cedera dalam pergelutan (dengan penduduk) itu. Wanita terbabit yang kritikal telah dibawa ke hospital untuk rawatan bersama dengan anak perempuannya.”
Menurut Ketua Polis, David Anyir, penduduk yang mengamuk itu turut menyerang anggota polis serta memecahkan cermin hadapan van polis yang tiba di lokasi.

Salah seorang saksi, Japhet Lagat mendakwa ternampak ibu berkenaan mengelar leher remaja tersebut menggunakan parang.

Tambahnya, wanita itu kini merupakan suspek pembunuhan dan akan didakwa di mahkamah untuk tindakan undang-undang selepas keadaannya kembali pulih.

Anak perempuannya pula kini dirawat kerana mengalami koyak di bahagian kemaluannya akibat dirogol remaja terbabit. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 18-7-2023 02:01 PM
polis ptt kasi budak tu, atleast xla berulang. gila ape mslh mental pn pedofil, rogol baby lak tu. kalo aku pn maybe amek tindakan sama
Quote pocongkiutss 18-7-2023 02:12 PM
Aku pulak rasa nak pegi bakar sampai mati penduduk kampung bangang tu semua
Quote Tinot7 18-7-2023 02:24 PM
takleh pi kenya la mcm ni..
Quote dua_chzy 18-7-2023 02:39 PM
pocongkiutss replied at 18-7-2023 06:12 AM
Aku pulak rasa nak pegi bakar sampai mati penduduk kampung bangang tu semua

Ntah. Kalau aiol Tuhan aiol dah turunkan hujan api kat kampung tu, suma kena kecuali si mak dan si anak. Polis, mahkamah dan keluarga perogol tu pula aiols kasik deols merasa kena stroke saat hujan api turun bertubi2.
Quote Skuau 18-7-2023 04:16 PM
dua_chzy replied at 18-7-2023 02:39 PM
Ntah. Kalau aiol Tuhan aiol dah turunkan hujan api kat kampung tu, suma kena kecuali si mak dan si ...

hang dh tengok apa yg clyde shelton@Gerard butler buat dlm Filem..'LAW ABIDING CITIZEN'...tu?
Quote dua_chzy 18-7-2023 06:29 PM
Skuau replied at 18-7-2023 08:16 AM
hang dh tengok apa yg clyde shelton@Gerard butler buat dlm Filem..'LAW ABIDING CITIZEN'...tu?

Belum bang.
Quote dani-rox 18-7-2023 06:47 PM
Dua kali anak dia kena rogol, org kpg ada buat apa2 tak?? Bila si ibu balas dendam, tahu pulak beramai2 mengamuk. Celaka punya kampung. Kalau si ibu dihukum dan anaknya ditinggal terkontang kanting, harap2 seluruh kampung ditelan bumi.
Quote mejaputih 18-7-2023 06:52 PM
Ntah2 perogol tu anak somebody yg berpengaruh kat kampung tu..
Quote syamzana 18-7-2023 06:52 PM
ape ke bengap sgt org kg tu??
masalah mental tp reti plak pergi cari mangsa yg sama, 3thn kot bdk tu. jgnkan acik kenya neh, iols pun akan p bunuh kerat kote bdk giler babeng ni. kompom masuk jail tanpa bicara
Quote allshares 18-7-2023 08:42 PM
Puas hati mati sekor perogol. Salute to d mother.
Quote bellaamsar 18-7-2023 09:22 PM
Patut mak dia bunuh smua penduduk kg tu..ape ke peningnya sokong perogol
Quote TOPwind 18-7-2023 10:59 PM
asal hitam je jahat

sama mcm di negara

North Singapork

dan Southern Thailand
Quote B40tastePosh 18-7-2023 11:05 PM
Bersyukur aku tak dilahirkan di Kenya.
Quote chiyoasuka 31-7-2023 01:33 AM
ptt si perogol tu yg kena balasannya…

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.032502 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top