CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gadis Tetap Setia- Sanggup Ulang Alik Jaga Pakwe Cedera Saraf Dan Otak, Gigih Kerja Bantu Tanggung Kos Rawatan

18-7-2023 01:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 943| Komen: 5

Seorang gadis sanggup menjaga kekasihnya yang hanya mampu bergerak menggunakan kerusi roda selepas terlibat dalam kemalangan pada 22 April 2021.

Nur Aisyah Ruslan, 21, berkata sejak itu dia turut sama menggalas tanggungjawab menjaga Adam Harith, 21 yang sudah dikenali sejak lima tahun lalu.


Foto: mStar

“Kami sudah bercinta sejak zaman sekolah menengah membawa ke kolej vokasional sampailah sekarang... dah lebih lima tahun.

“Tapi Adam ditakdirkan kemalangan jalan raya ketika menunggang motor. Dia terlanggar sebuah treler sewaktu semester akhir diploma. Sekarang dia terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

“Walaupun dia sakit sehingga alami kecederaan pada saraf dan otak tapi saya tetap tidak tinggalkan dia. Kami masih berkawan sama macam dulu dan tiada apa satu pun yang berbeza. Apatah lagi dia sangat memerlukan semangat untuk kesembuhan diri,” katanya kepada mStar.



Menurutnya Aisyah, dia berulang-alik hampir setiap hari dari rumahnya di Sungai Petani ke Bukit Selambau, Kedah untuk menjaga Adam di rumahnya.

Dia turut membantu ibu Adam menanggung kos rawatan fisiologi dan keperluan kekasihnya itu dengan berniaga choco jar.

“Adam dijaga oleh ibu dan bapa tiri dia sepenuhnya. Tapi sekarang saya dan ibu dia yang tanggung kos rawatan seperti belikan lampin pakai buang, ubat-ubatan dan rawatan fisio setiap minggu.

“Saya ikhlas menjaga Adam sebagai kekasih dan membalas jasa baiknya dahulu. Ketika awal-awal saya berniaga, Adam yang banyak membantu saya pergi hantar COD (cash on delivery) choco jar berkotak-kotak. Tak pernah sekali pun merungut.

“Jadi saya tak akan tinggalkan dia apatah lagi dalam keadaan macam sekarang ni. Tapi saya tak boleh cakap lebih-lebih sebab hati kita Allah yang pegang,” katanya yang turut bekerja di sebuah kilang di Kedah.


Foto: mStar

Kini Aisyah berasa lega apabila melihat keadaan kekasihnya yang semakin pulih walaupun keadaan sendi pinggulnya yang terkeluar akibat kemalangan masih belum sembuh.

Kisah cinta pasangan ini menjadi perhatian selepas Aisyah berkongsi video meraikan hari ulang tahun kelahiran Adam bersama rakan-rakannya pada 20 Jun lalu.

“Saya bersyukur keadaan Adam semakin pulih. Dulu terlantar sampai boleh bangun. Daripada tak boleh bercakap sampai boleh bercakap sikit-sikit. Paling penting ingatan dia tak ada satu pun yang luput.

“Jujurnya memang rindu Adam yang dulu tapi saya bersyukur Allah masih pinjamkan dia untuk kami semua. Hari lahir dia baru ni pun kami sambut di rumah saya saja sebab masih trauma nak bawa dia berjalan jauh lepas apa yang terjadi.

“Saya, keluarga dan kawan-kawan Adam yang rancang semua ni. Ibu Adam masakkan nasi tomato untuk kami makan. Sedikit sebanyak usaha kami lakukan ini boleh buatkan kekasih saya ni kembali gembira macam selalu,” ujarnya lagi.

Tidak meletakkan harapan tinggi namun Aisyah berdoa agar Adam dipanjangkan usia untuk mereka terus bersama meluangkan masa dan ada keajaiban berlaku terhadap buah hatinya itu.

“Andai kata kami berjodoh, mungkin saya akan berkahwin dengan Adam. Kita tak boleh nak cakap lebih-lebih soal jodoh sebab semua tu rahsia Allah.

“Cuma saya mengharapkan orang ramai mendoakan kami berdua sentiasa tabah dalam menjalani ujian ini seikhlas hati.

“Untuk mereka yang alami nasib sama dengan saya, jangan risau dengan dugaan ini sebab kita insan terpilih oleh Allah untuk berbuat kebaikan. Jika tiada ujian sebelum kahwin, akan ada ujian selepas berumah tangga,” katanya menutupi kisah. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 18-7-2023 01:48 PM
Jangan dia madukan kau sudah la dik.
Quote Thunderclouds 18-7-2023 01:56 PM
Umi 2.0 ketteww
Quote Lily_Elizabeth_ 18-7-2023 02:00 PM
Allah. Siannya. Sedih baca. Dia yang hadapi semuanya.
Quote mamajawie 18-7-2023 02:59 PM
knape x kawen je blh la cebok nyak mandikan si laki tu..gittuhh
Quote kucingitam 18-7-2023 02:59 PM
dah kenapa tak kahwin je.boleh kan kahwin walaupun dia sakit camtu..sekurang2nya kau pegang2 dia pun tak ngapa kalau dah kahwin tu. pahala pun lebih sebab jaga suami, dari jaga bf..

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 08:22 AM GMT+8 , Processed in 0.031720 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top