Indonesia: Tular berita mengenai seorang wanita yang cedera parah ditikam 16 kali oleh teman lelakinya. Media tempatan di negara itu melaporkan, wanita bernama Eka Wahyu Lestari, 23, itu mengumumkan meneruskan perancangan untuk bernikah dengan lelaki tersebut.
Kata Eka, dia sudah pun berdamai dengan kekasih hati, Fika Andrean Banjarnahor selepas insiden ditikam. "Saya juga dalam proses menarik balik laporan polis supaya dia dibebaskan kerana kami merancang bernikah," katanya. Dalam pada masa yang sama, Eka turut menegaskan bahawa kekasih tidak mempunyai sebarang niat membunuh meskipun sudah menjadi mangsa 16 kali tikaman. Tambahannya lagi, normal untuk pasangan kekasih bergaduh dan bertengkar tetapi mungkin ketika itu keadaan tidak terkawal hingga ada yang tercedera. Sekadar info, Eka sebelum ini dilaporkan kena tikam sebanyak 16 kali di sekitar perut dan tangan oleh kekasih ketika bergaduh di dalam kereta.
Sumber: Beautifulnara |
Kitty_catz replied at 18-7-2023 04:02 PM
betullah ongkata.. set2 yindon capruts ni lahir2 je udah bodoe
misssakura replied at 19-7-2023 07:14 AM
kena bomoh ke apa perempuan ni
ADVERTISEMENT