CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Kena Pukul Dengan Dua Orang Budak, Cekik Dan Tumbuk Berkali-Kali," Ibu Saksi Depan Mata Anak Dibuli Di Sekolah

18-7-2023 12:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2819| Komen: 35

PETALING JAYA – Seorang ibu menjadi saksi anaknya dibuli semasa mengambil kanak-kanak tersebut di sekolah.

Video yang dimuat Erda Rahman di akaun TikTok miliknya memaparkan, anaknya duduk di kerusi penumpang dan sedang menahan sakit.




“Bila kes buli di sekolah semakin teruk macam inilah jadinya. Dia kena pukul dengan dua orang budak, cekik dan tumbuk berkali-kali,” tulisnya.

Luluh hati melihat pemandangan sebegitu rupa, Erda Rahman tidak dapat menahan sebak dan segera membawa anaknya ke hospital untuk pemeriksaan.

“Bila berlaku depan mata, air mata ibu mana yang tak menitis. Terus bawa naik kereta untuk ke hospital sebab dia jadi sesak nafas dan sakit dada.

“Dia tak nak, tapi ibu pujuk bawa pergi tempat kerja ayah dan terus bawa ayah dia sekali pergi kecemasan. Alhamdulillah, tiada lebam dalaman,” ujarnya.



Jelasnya, selepas kejadian tersebut anaknya mengalami trauma dan tidak mahu ke sekolah.

“Dia jadi trauma dan tak nak ke sekolah. Perlahan-lahan pujuk suruh pergi sekolah. Ibu terpaksa suruh awak pergi sekolah sebab tak nak awak jadi penakut,” katanya menerusi ruangan kapsyen.

Di ruangan komen, rata-rata orang ramai mencadangkan ibu mangsa supaya melaporkan hal tersebut kepada pihak berwajib.

“Bawa pergi polis. Laporan perubatan kasi lengkap. Pembuli harus diajar pakai undang-undang,” kata Putra Nasihin.

“Bangun adik, bangun. Belajar silat seni mempertahankan diri, agama kita. Buktikan pada mereka adik juga anak jantan ayah adik,” ciap Faiz. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulalof 18-7-2023 12:17 PM
Mak pun nangis situ watpe? Pergi sana terajang budak2 yg buli anak tu.

pastu sila lapor pd Polis.
Quote prettyuglybabe 18-7-2023 12:20 PM
kalau i jadi mak budak ni, i rekod jap buat bukti pastu memang i hamput dua ekor budak tu..
memang satu sekolah i bising report polis ppd dengan mak bapak dua ekor tu memang i hamput habis-habis..

Quote annehuda 18-7-2023 12:33 PM
mak-mak zaman skrang mmg mcm ni kan? buat karangan panjang-panjang bleh tak tapi nak fikir panjang tak boleh. ko dah nampak anak ko kene cekik depan mata eh kalau akula aku kejar budak-budak tu.  aku bkn nk ckp ape, tapi arwah mak aku dulu memang kawan-kawan aku kenal sebab garang, beranilah nak usik aku memang kene hamput ngan mak aku.  
Quote umie 18-7-2023 12:53 PM
mak2 skrg giler content!
Quote BENTARA 18-7-2023 01:00 PM
nak kata apa mak nya pon nak buat konten utk bahan tik tok....
dah tau depan mata anak kena belasah napa tak vidiokan pastu viralkan
hahahahahahahahahaa
bila dah viral baru la buat laporan pada pihak berkenaan kannn
biasa la zaman tiktok ni........ yg penting konten!!!
Quote shernazz 18-7-2023 01:03 PM
Akak sila lapor.pada.cikgu lah..atau pihak2 sekolah
Kalau diignore...Kasi report pada pijak atas lagi..
Kalau semua ignore..Kasi viral.la segala.rekod mekod tu..
Quote Zack8hunter 18-7-2023 01:07 PM
yer yer la korg. nanti emak dia rakam video, kata emak sengal sanggup tgk anak kene hempuk femi content. instict seorg emak kot, nk pastikan anak selamat dulu
Quote otai_g 18-7-2023 01:10 PM
Meh upah Sy. Sy akan pastikan bdk 2 org tu hilang tanpa dpt dikesan. Magic show.
Quote makneng 18-7-2023 03:07 PM
Mak2 sekarang jenis lembik n lemah cangguk ke camne?
Quote tungkai 18-7-2023 03:14 PM
Ko merintih kat medsos dah kenapa? Zaman skrg ni semua main fakta & report. Ada gambar/video lagi bagus..
Quote Simunggu 18-7-2023 03:16 PM
prettyuglybabe replied at 18-7-2023 12:20 PM
kalau i jadi mak budak ni, i rekod jap buat bukti pastu memang i hamput dua ekor budak tu..
memang s ...

apa kau cakap ini..hamput dalam bahasa sabah lain tu sedap sedap..bagus kau hamput bapa budak dari budak tu
Quote noor2 18-7-2023 03:17 PM
Kenapa ko tak.tampar muka budak2 tu...adoiiii mK pun lembam...
Quote CatMiow 18-7-2023 03:23 PM
Simunggu replied at 18-7-2023 03:16 PM
apa kau cakap ini..hamput dalam bahasa sabah lain tu sedap sedap..bagus kau hamput bapa budak dari ...


Quote sufi^_^ 18-7-2023 03:30 PM
Bila mak kau bangsa tiktok
Quote noor2 18-7-2023 03:31 PM
Simunggu replied at 18-7-2023 03:16 PM
apa kau cakap ini..hamput dalam bahasa sabah lain tu sedap sedap..bagus kau hamput bapa budak dari ...


Orang perak selalu guna perkataan hamput bila marah
Quote Simunggu 18-7-2023 03:34 PM
noor2 replied at 18-7-2023 03:31 PM
Orang perak selalu guna perkataan hamput bila marah

hati hati org perak kalau datang sabah...nanti org gelak
Quote noor2 18-7-2023 03:36 PM
Simunggu replied at 18-7-2023 03:34 PM
hati hati org perak kalau datang sabah...nanti org gelak

Apa maksud hamput bg org sabah?..

Perak sebut hamput maksud kejar sambil hempok
Quote Simunggu 18-7-2023 03:43 PM
Edited by Simunggu at 18-7-2023 03:44 PM
noor2 replied at 18-7-2023 03:36 PM
Apa maksud hamput bg org sabah?..

Perak sebut hamput maksud kejar sambil hempok

perkataan org sabah adalah Amput...perkataan kamu Hamput....org sabah tiada huruf H sebenarnya...jadi Hamput kamu tu jadi Amput...

Hisap - Isap
Halimah - Alimah
Habis - abis
Hamput - Amput

Amput tu bersetubuh dgn seronok sedap sedap
Quote tikusmontok 18-7-2023 03:57 PM
Ehhh bengapnya ko jadi mak, boleh duduk keras gitu. Kau keluar keta pegi pang budak 2 ekor tu bodo

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.051748 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top