CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Simbah Cat Merah, Lelaki 19 Tahun Ditangkap

18-7-2023 11:38 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 187| Komen: 1

Johor Bahru: Lelaki tempatan berusia 19 tahun disyaki aktif menyimbah cat merah di sekitar bandar raya ini ditahan di sebuah premis di Taman Ehsan Jaya di sini pada 2 pagi semalam.

Ketua Polis daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, penahanan suspek susulan laporan diterima daripada lelaki berumur 48 tahun yang mendakwa pagar rumah dan dua keretanya disimbah cat di kawasan perumahan Taman Desa Jaya pada 10.30 pagi kelmarin.


Antara barang yang dirampas bersama suspek berusia 19 tahun. FOTO IHSAN POLIS

"Ketika serbuan, remaja itu ditahan bersama barang rampasan iaitu motosikal, dua plat nombor pendaftaran kenderaan, dua tong bekas cat merah, sehelai baju, seluar, selipar dan bag berwarna hitam.

"Hasil tangkapan ini, polis menyelesaikan lima kes jenayah lain membabitkan kes simbah cat merah, manakala semakan ke atas suspek mendapati dia tiada rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing negatif dadah," katanya dalam kenyataan.


Raub berkata, suspek direman tiga hari hingga esok untuk siasatan mengikut Seksyen 427 kanun keseksaan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JackPorter 18-7-2023 11:59 AM
I have seen your post and i found it really helpful thanks for sharing this. Tell Happy Star

Thanks and regards
JackPorter

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.048087 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top