CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Selain Kes Dea Maisarah, Ini 3 Lagi Kes Tragis Melibatkan Kecuaian Hospital

18-7-2023 11:38 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 525| Komen: 0

Tular di media sosial, kes Dea Maisarah Bada, 10, yang didakwa meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang, Selangor.

Ayahnya, Bada Hussin yang menceritakan kronologi kes tersebut menerusi satu video yang tular di media sosial turut tidak percaya bahawa itu merupakan kali terakhir dia melihat anak bongsunya ketika itu.


Bagaimanapun, Pengarah HTAR Klang, Dr Zulkarnain Mohd Rawi memaklumkan keadaan pesakit (kanak-kanak) semasa di HTAR dalam keadaan lemah dan telah diberikan rawatan sewajarnya oleh pakar perubatan kecemasan.

Foto: Majoriti


Namun begitu, nyawa pesakit tersebut tidak dapat diselamatkan dan ayah kepada mangsa menyifatkan ia kecuaian daripada pihak hospital kerana Dea Maisarah pada asalnya berada dalam keadaan yang baik sebelum dirawat di hospital tersebut.


Susulan daripada itu, pihak HTAR Klang akan menyiasat perkara tersebut dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu laporan polis berkenaan sebelum siasatan dapat dijalankan.

Memetik Majoriti, kes seumpama ini bukanlah kali pertama berlaku, malah terdapat beberapa insiden lain melibatkan kecuaian daripada pihak hospital yang pernah menggegarkan tanah air sebelum ini.

Lebihan rawatan dan kemasukan air ragut nyata Ulya Insyirah di Hospital Besut, Terengganu (2015)

Kisah menyayat hati ini tentang Ulya Insyirah yang berusia empat tahun pada 2015 bermula apabila mangsa asalnya dikejarkan ke Hospital Besut kerana mengalami muntah-muntah sebelum menerima rawatan dengan dimasukkan air.

Selepas itu, tangan dan badan Ulya mulai bengkak sebelum ibunya, Fadilah Abd Wahab memohon supaya doktor melakukan pemeriksaan X-ray dan mendapati ada tompokan putih iaitu lebihan air dalam paru-paru.

Memetik laporan media tempatan, Ulya Insyirah kemudiannya tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) jam 5 pagi, keesokan harinya untuk dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum disahkan meninggal dunia jam 8.05 pagi.

Fadilah dan suaminya, Muhamad Sardi Saad kemudiannya memfailkan kes tuntutan saman terhadap Hospital Besut melalui peguam, Tetuan Syukran Noordin Advocates & Solicitors bagi menuntut keadilan atas kematiannya dan akhirnya menang kes tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Terengganu pada 2018.

Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz mengarahkan defendan yang terdiri daripada 10 doktor, dua pengarah Hospital Besut dan HSNZ serta Kerajaan Malaysia membayar tuntutan ganti rugi am sebanyak RM600,000, ganti rugi teladan RM200,000 dan ganti rugi khas RM96,792.13 kepada pasangan itu.

Nur Adeena lumpuh dari leher ke bawah akibat kecederaan saraf tunjang ketika pembedahan (2020)

Malang tidak berbau apabila seorang bayi perempuan, Nur Adeena Mohd Syahmir didapati lumpuh akibat komplikasi pembedahan yang menyebabkannya lumpuh selepas saraf tunjangnya cedera di sebuah hospital awam.

Memetik laporan media tempatan, kanak-kanak tersebut kemudiannya terpaksa bergantung kepada ventilator dan dipasang trakeostomi (tebukan pada leher).

Nur Adeena selaku plaintif melalui bapanya menfailkan saman kecuaian perubatan terhadap 19 defendan terdiri daripada kerajaan Malaysia dan 18 pegawai perubatan yang bertugas di hospital berkenaan.

Siasatan seterunsya mendapati pegawai perubatan yang bertugas tidak mempunyai pengalaman melakukan pembedahan dan ia dilakukan tanpa pengawasan pakar perbidanan dan sakit puan.

Oleh itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada awal bulan lalu mengarahkan kanak-kanak tersebut dibayar pampasan RM5.6 juta atas kecuaian perubatan, walaupun Hakim Datuk Akhtar Tahir berkata, tiada jumlah wang yang dapat mengurangkan kesakitan dan penderitaan kanak-kanak itu.

Alat sulit cacat alat sulit akibat kecuaian dua hospital di Kuala Lipis, Pahang dan Selayang, Selangor (2022)

Pada 2018, seorang pemuda berumur 18 tahun ketika itu memfailkan saman melalui ibunya dengan menyatakan insiden berlaku di sebuah kediaman di Kuala Lipis ketika dia berusia 10 tahun mengakibatkan keseluruhan kepala zakar terpotong dan penyambungan semula tidak dilakukan mengikut prosedur.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Selayang bagi menjalani prosedur pembedahan menyambung semula kepala alat sulit dengan penutup getah diletakkan pada kepala zakar.

Bagaimanapun, dia terkejut selepas mendapati kepala alat sulit anaknya tidak lagi berada pada batang zakar pada hari ke-35 selepas pembedahan dilaksanakan.

Oleh itu, pada April, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Akhtar Tahir membenarkan saman kecuaian difailkan pemuda berkenaan terhadap Kerajaan Malaysia, pegawai perubatan dan pengarah Hospital Kuala Lipis, Pahang serta doktor pakar dan pengarah Hospital Selayang, Selangor.

Selain itu, Mahkamah Tinggi membenarkan tuntutan ganti rugi khas RM108,356, ganti rugi am RM2 juta, ganti rugi teruk RM500,000 dan ganti rugi teladan RM500,000 kepada mangsa. -CARI

Sumber: Majoriti

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 10:29 PM GMT+8 , Processed in 0.232910 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top