CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pak Arab Di Madinah Mulut Manis Cuba Mengorat, Jemaah Wanita Teperdaya Terus Luah Masalah Rumah Tangga Dan Burukkan Suami

18-7-2023 11:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2841| Komen: 37

Tak reda lagi kisah kecurangan seorang isteri dengan suami orang di Makkah, timbul pula cerita lain.

Berlaku di Madinah, seorang jemaah wanita berkongsi pengalaman yang disaksikannya sendiri membabitkan isteri orang dengan lelaki warga tempatan.


Ketika itu dia memasuki sebuah kedai cenderamata yang terletak berdekatan dengan hotel dan kelihatan ramai jemaah wanita sedang meninjau dan memilih barang di dalam premis.

Gambar Hiasan

"Peniaga dekat situ kebanyakannya bermulut manis, sambut kita dengan baik. Saya ingatkan dia macam nak 'try' saya seorang je. Kemudian saya nampak dia layan perempuan lain juga.

"Masa tengah pilih barang, saya nampak ada seorang jemaah wanita bersembang dengan seorang peniaga orang Arab ni yang memang pandai cakap bahasa Melayu," katanya di TikTok.

Mendengar perbualan kedua-dua mereka, dia memberitahu, jemaah wanita itu rupanya berstatus isteri orang.


"Dia bersembang tentang masalah rumah tangga, dia meluahkan. Jadi, peniaga Arab ni pun mendengar dan bagi pandangan.

"Macam ni la... perempuan ke lelaki ke, kalau ada ada masalah rumah tangga, jangan cerita kepada orang lain stranger (orang asing).

"Mula-mula mungkin nampak macam nak membantu, lama-lama mungkin akan jadi yang sebaliknya. Kau datang ke Tanah Suci, kau bercerita dengan Allah, kau berdoalah," katanya.

Dia yang keluar dari kedai tersebut mendapati wanita berkenaan masih meneruskan sesi luahannya dengan Pak Arab dalam kesibukan orang ramai datang membeli.

"Perempuan ni tengah bersedih beritahu I nak balik hotel. Eh tak apa la you balik hotel bukan ada siapa. You tunggu la sini.

"Aku dengar ni macam... kenapa perempuan ni kan, macam tak kena cara dia. Pak Arab ni pun dah kenapa, sepatutnya tak payah layan atau tak perlu lebih-lebih.

"Nak kasihan pun berpada-pada. Aku masih mendengar mereka bersembang pasal suami dia," katanya.

Dia bagaimanapun menegaskan pertikaiannya itu bukan tertumpu kepada isu jemaah wanita itu bersama suaminya, sebaliknya cara dia meluahkan masalah dengan orang asing.

"Bukan kenapa masalah rumah tangga dia, tapi kenapa bawa cerita tu pada stranger? Kamu tu jemaah datang ke Tanah Suci untuk apa?

"Untuk cari jalan penyelesaian kan? Berdoa, minta pada Allah," jelasnya lagi.

Dia turut mengakui nyaris terkena dengan 'pujukan' peniaga Arab apabila disangka masih bujang sedangkan suaminya sedang menunggu di luar kedai.

"Dia ingat aku single, oh cantiknya. Mula-mula je cantiklah, macam nak mengorat jadi kita pun macm berbunga-bunga. Bagi harga best price dekat kita, kita minta diskaun dia bagi.

"Dia macam nak try saya, tiba-tiba suami rasa asal lama sangat duduk dalam kedai dan suami pun masuk. Ini husband saya la, saya cakap macam tu. Dia tak kacau saya tapi dia pergi cari perempuan lain," katanya sambil menambah jemaah wanita tadi dipercayai dari negara jiran.

Sebelum ini tular kisah seorang isteri bersama suami orang lain ketika di Makkah.

Sehubungan itu katanya, kecurangan boleh berlaku di mana-mana sahaja meskipun di Tanah Suci ketika mengerjakan ibadah.

"Berlaku depan mata saya, benda yang sekecil-kecil macam tu. Kamu jangan layan, jangan meluahkan benda yang tidak sepatutnya.

"Saya rasa masa tu sangat tak patut dan Pak Arab tu pun sama. Para jemaah puan-puan, kalau ada masalah janganlah mengadu pada orang luar berlainan jantina.

"Tak kisahlah di mana sahaja kita berada, jangan meluahkan masalah terutama masalah rumah tangga. Jangan pernah bagi peluang kepada pintu zina," katanya.

Untuk rekod, menurut portal e-Syariah, perbuatan curang merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 37 Akta 559 (Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997) kerana menghalang pasangan sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri.

Apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Selain itu mahkamah hendaklah memerintahkan pasangan itu supaya hidup sebagai pasangan suami isteri yang sudah bernikah dengan sah. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote green~tea 18-7-2023 11:55 AM
Pak arab tu nak jual perfume & jubah aje...

LEMAHHHH
Quote mamajawie 18-7-2023 12:00 PM
cikki2 ni mesti bajet2 kalau pak ereb hensem sado why not try skali dua kan??dah la bru pas beribadah, last2 pahala tolak dosa jadi kosong balik tabung pahala tu..
Quote ninja boy 18-7-2023 12:36 PM
Suami pukul ka suami miang ka suami curang ka suami pemalas nak mampus ka, kau buat aduan kat kucing dan pokok ja. Gituh
Quote bungarose 18-7-2023 01:22 PM
Pak arab nak menjual ajer
Ngko jangan ler cepat terpedaya kata2 manis pak² arab
Takdernyer dia nakkan ngko.......wife deyols kat rumah lagi putih melepak cantik²
Quote tumpanglalu74 18-7-2023 01:27 PM
Ini cerite umrah yang paling bodow aku ponah dengar.  Arab sengkek tu nak le tekel ko..
Quote Rdizz 18-7-2023 01:52 PM
Haha

Ni kes perasan ke apa.. areb2 dekat kedai tu memang lah bermulut manisss sebab nk jual brg, nk bagi org beli, beriaa pujuk, msia boleh lah bosskur lah anwar ibrahim lah. Meleleh pujuk dr rega ratus riyal boleh turun puluh riyal je. Semua depa pndai ckp melayu.

Once kita beli, nk pegi tukar size ke color ke, auto tak friendly sgt dah. Nmpk sgt baik ada niat.
Quote _blackbird 18-7-2023 01:59 PM
tu bukan pak arob nak try ko sampai ke bilik tidur nok.... tu pak arob nak kikis duit ko beli barang byk2 je nokkkk.... adoilahhh... napa tak boleh beza. hodoh sgt ke nokkk sampai hal gini pon dah buat ko rasa org tu nak try ko

Quote pocongkiutss 18-7-2023 02:08 PM
Bodonya..cepat naw perasan..minah2 ereb sana bertiang lagi lawa la makcik..dia nk jual barang..mmg la puji sana sini sbb nak ngko beli barang dia
Quote otai_g 18-7-2023 02:22 PM
Perempuan melayu mudah perasan. Kat negara sendiri pun susah nak laku lagi mau bersaing dgn perempuan Syria, Iran, ereb Dan lain2.

Quote Azharitubunga 18-7-2023 02:44 PM
Aku xrasa itu arab
Mostly yg menjual kat kedai2 tepi tu kebanyakan abangla.. indian... Parki... Buhari... Yamani


Quote apalancut 18-7-2023 03:04 PM
Ciki malaysia mmg birah dgn arab. Dekat sini pon dh berapa ramai berinteracial dgn arab. Last2 kena tinggal. Arab yg menyinggah di sini sekadar melepaskan benih je. Hujung2 nanti balik kampung dan kahwin dengan kazen sendiri. Alasan sebab.. Mereka yakin dan tahu. Kazen mereka lebih baik dan dibesarkan dalam suasana budaya dan dalam kawalan. Kononnya lebih suci dan tidak bebas.
Quote sufi^_^ 18-7-2023 03:11 PM
green~tea replied at 18-7-2023 03:55 AM
Pak arab tu nak jual perfume & jubah aje...  

LEMAHHHH

hahahaha...dia lak terlebih feeling sampai curhat pasal masalah rumahtangga.
Quote sufi^_^ 18-7-2023 03:14 PM
Bini pak arab tu kat rumah lagi lawa macam bidadari lah, kita2 yang muka nusantara habis kulit sawo matang hidung jambu air ni tak yah perasan hot stuff sangat bila kat sana.

Quote sufi^_^ 18-7-2023 03:16 PM
Yang pegi Turkiye pun sama. Terus lupa laki kat malaysia bila kena ngorat dengan mamat turki. Padahal mamat tu bukan serius pun, pompuan turki lagi lawa.
Quote Bergosip 18-7-2023 03:27 PM
jarang/tak pernah dapat pujian cantik ke sampaikan pak arab seller cakap "cantik" terus ingat kena try. Hahahhahaha lawak


seller dari thailand/arab/yemen/bangla/pakistan/turki memang mulut manis. bila jumpa je akan cakap "adik cantik", "cantiknya awak". even pergi south korea/china pon sama. dorang akan cakap hijab girls pretty/beautifull. good good sambil thumbs up dan puji tudung. kata look younger. kalau sesiapa yang jarang dapat pujian cantik memang akan cairlah dekat pujian seller2 tu.

tujuan dorang manis mulut supaya customer akan rasa senang hati dan senang hati untuk membeli

yang siap kongsi masalah peribadi dengan seller tu nampak sangat kehidupan sendu naww
Quote Tinot7 18-7-2023 03:32 PM
apalancut replied at 18-7-2023 03:04 PM
Ciki malaysia mmg birah dgn arab. Dekat sini pon dh berapa ramai berinteracial dgn arab. Last2 kena  ...

setahu iols, deme kawen sesama kazen sbb nak simpan reta dlm kuarga...
Quote tikusmontok 18-7-2023 04:03 PM
green~tea replied at 18-7-2023 11:55 AM
Pak arab tu nak jual perfume & jubah aje...  

LEMAHHHH

Satu jer nak ckp...betine2 garit ni tak penah keluar rumah ke, tak penah jumpa org?..sah2 pak2 arab mulut manis tu cuma nak meniaga, ckp melayu punya fasih, yg berckp sskjp pun ada esp kat mekah. Baru camtu dah mengelintin khorsani ko kan
Quote VespaSilbe 18-7-2023 04:13 PM
Perasannya.. kawan iols lelaki pun kena ngorat dengan pak Arab.. siap raba2 lagi
Quote BumpIQ 18-7-2023 04:18 PM
Pak arab bekas lelaki @Bipolajourney2 ke tu yang tak lalu nak hadap dia dan ceraikan dia sebab nafsu buas

Wakakakakaka

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.043646 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top