CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kecoh Satu Bandar Baru Nilai! Orang Awam Panik Jumpa Beg Pakaian Di Tengah Jalan, Takut Berisi Bom

18-7-2023 11:08 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 564| Komen: 3

Orang awam yang berada di kawasan premis perniagaan di Bandar Baru Nilai, Seremban, Negeri Sembilan panik seketika selepas digemparkan dengan penemuan sebuah beg pakaian yang didakwa berisi bom pada Isnin.


Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mat Ghani Lateh berkata, pihak polis menerima panggilan daripada orang awam iaitu seorang wanita pada pukul 1 tengah hari Isnin memaklumkan terdapat satu beg pakaian yang mencurigakan ditinggalkan di hadapan premis perniagaan tersebut.

Foto: Majoriti

"Sususlan daripada laporan tersebut, anggota yang bertugas diarahkan untuk ke lokasi bagi menjalankan siasatan.

"Pasukan Unit Pemusnah Bom Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga dipanggil untuk membantu siasatan di tempat kejadian,” katanya seperti dipetik di Majoriti.

Tambah Mat Ghani lagi, beg yang ditinggalkan dimusnahkan mengikut prosedur operasi standard sedia ada dan hasil pemeriksaan mendapati di dalam beg tersebut hanya mengandungi pakaian.



“Tiada penemuan sebarang bom di dalam beg tersebut dan dipercayai beg itu tertinggal kerana tempat kejadian merupakan pusat transit bas ekspres bagi kawasan Nilai.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang mendatangkan kegusaran,” katanya. -CARI

Sumber: Majoriti

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chiyoasuka 31-7-2023 12:48 AM
hehehe nasib baik… dah buat org panic… beg siapa la tertinggl tu
Quote bakingsoda 31-7-2023 01:06 AM
bag student usim kot nak balik kg
Quote molokodav 30-10-2023 09:18 PM
Enamel Clinic's cosmetic dentist are true perfectionist. My smile makeover, which included crowns and bonding, resulted in a transformation that I couldn't have imagined. The attention to detail and dedication to perfection demonstrated by the Enamel Clinic team is extraordinary. Their precision in the work they do makes them stand out from the rest.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.169483 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top