Isteri Syamsul Yusof, Ira Kazar nampaknya bahagia menjadi suri rumah, ada sahaja hasil masakan dimuat naik di IG miliknya. Baru-baru ini Ira memuat naik gambar hidangan stik sirloin.
Sajian tersebut dilengkapi dengan sos lada hitam dan kentang lecek hasil air tangannya sendiri. Ira juga memilih lagu Hot in Herre nyanyian Nely sebagai muzik latar. Sebelum ini, masakan sotong tumis yang dimasak Ira menerima pujian daripada kakak kandungnya, Yasmin Kazar. Kemudian, bubur som som pula dipuji cukup rasa lemak. Untung Syamsul ada isteri rajin dan pandai masak. Balik rumah mesti sejuk sahaja mata memandang. -CARI
|
bellaamsar replied at 18-7-2023 10:41 AM
Kot ye pun sbelum post tu bg la nampak presentable sikit
ADVERTISEMENT