Kuala Lumpur: Dah sembilan tahun sudah berlalu, tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH17 masih berbekas dalam hati waris. Mereka masih menanti keadilan untuk ditegakkan buat mangsanya.
Bagi Muhammad Faizal Abdul Rahim, 47, kehilangan adik bongsunya, Muhamad Firdaus yang bertugas sebagai pembantu juruterbang dalam penerbangan itu masih dirasai keluarga terutama ibu mereka, Fatimah, 73. "Arwah adik adalah antara yang paling rapat dengan mak kerana mereka pernah duduk sama di Shah Alam. "Ada masanya mak akan menangis dan tengok gambarnya apabila teringatkan adik terutama Ramadan kerana tragedi itu berlaku pada bulan puasa. "Macam semalam pun dia menangis ketika kami buka cerita bahawa hari ini ulang tahun memperingati MH17," katanya ketika dihubungi Harian Metro. Menurutnya, keluarganya masih berpendirian mahukan pesalah yang menyebabkan tragedi itu berlaku menjalani hukuman atas perbuatan mereka.
"Kita sudah dapat kemas kini perbicaraan kes dari pihak Mahkamah Belanda dan difahamkan tiga pesalah dijatuhkan hukuman. "Cuma apa yang kami tidak puas hati, pesalahnya masih bebas di luar. "Kita harap pesalah dicari sampai dapat dan menjalani hukuman setimpal dengan apa yang mereka buat," katanya. Sementara itu, Muhammad Faizal turut melahirkan perasaan terkilannya selepas pelbagai manfaat diperoleh keluarga untuk kakitangan MAS ditarik balik selepas pemergian adiknya itu. "Sebelum ini, ahli keluarga menikmati manfaat kakitangan seperti diskaun atau kadar rendah untuk tiket kapal terbang MAS tetapi selepas arwah meninggal dunia, segalanya ditarik balik. "Sebagai keluarga, kami berasa sedikit terkilan dan sedih juga kerana arwah adik bukan resign (berhenti) tetapi dia meninggal dunia ketika sedang bertugas dalam tragedi itu," katanya. Pada 17 Julai 2014, pesawat MH17 yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh ketika berada di ruang udara di timur Ukraine. Tragedi itu menyebabkan 298 penumpang dan kru pesawat termasuk 43 rakyat Malaysia terkorban. Tahun lalu, Mahkamah Daerah The Hague menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas dua warga Russia dan seorang warga Ukraine selepas didapati bersalah menembak jatuh pesawat MH17 itu. Namun, mereka yang bertanggunjawab itu masih bebas dan belum menjalani hukuman terbabit. -CARI Sumber: Harian Metro
|
krustykrab replied at 18-7-2023 09:41 AM
Mula nk kesian, tp bila baca seluruh ahli keluarga nk manfaat tu rasa mcm kelakar pulak.
green~tea replied at 18-7-2023 09:42 AM
Exactly..
selipar_hijau replied at 18-7-2023 09:51 AM
yess.. bahasa mudah mempergunakan kematian anak/ adik/ abang
matjerk replied at 18-7-2023 09:59 AM
Ni bukan yg balu tgh pregnant masa kejadian tu ke?
hareeeesah replied at 18-7-2023 10:14 AM
Tu 370 yg hilang.. yg ni yg meletop uols..
matjerk replied at 18-7-2023 10:21 AM
Muhamad Firdaus yang bertugas sebagai pembantu juruterbang dalam penerbangan itu masih dirasai kel ...
prettyuglybabe replied at 18-7-2023 10:14 AM
dia tak tau staff yang masih hidup tu pun banyak benefit kena slash inikan pula yang dah mati
ADVERTISEMENT