CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Giat Kesan Tahanan Lari Dari Hospital

18-7-2023 09:18 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 451| Komen: 2

Nibong Tebal: Polis giat mengesan seorang tahanan yang dilaporkan melarikan diri ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Bakap (HSB), di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Superintendan Ng Ah Thiam, berkata pihaknya menerima laporan pada jam 3.56 petang daripada warden penjara yang memaklumkan seorang tahanan lelaki warga tempatan melarikan diri.



Menurutnya, tahanan berkenaan yang dikenali Nordin Ahmad berusia 54 tahun meloloskan diri ketika berada di Wad Kuarantin Tibi (Wad 5) di HSB.

"Ketika itu, tahanan terbabit berpakaian t shirt berwarna kelabu dan berseluar pendek berwarna hitam.

"Susulan laporan berkenaan, polis kini melancarkan 'Op Tutup' dan usaha mengesan tahanan terbabit giat dilaksanakan," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Ah Tiam berkata, kerjasama orang awam amat diperlukan sekiranya mempunyai maklumat berkaitan tahanan terbabit.


"Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan di talian 04-5858222 atau menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor M Karthik di talian 016-6970009 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sambaldurian 18-7-2023 09:46 AM
Aiyoh dh la tgh ada tibi , ada hati nk bebas pulak. Semoga cepat la dicekup, sbb memudaratkan masyarakat.
Quote bulalof 18-7-2023 10:06 AM
suspen kalau ada tahanan dtg terima rawatan, sebab tgk pegawai penjara bulat2 kebanyakkanya, tatau la mampu lari mengejar atau berjalan laju saja.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 04:36 PM GMT+8 , Processed in 0.045804 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top