CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cedera Diserang Lelaki Bersenjatakan Pisau

17-7-2023 10:28 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 219| Komen: 1

Kota Bharu: Seorang pegawai pemasaran cedera selepas diserang seorang lelaki menggunakan pisau di Lorong Merican di sini, semalam.

Mangsa berusia 40-an itu luka di kepala, lengan dan belakang badan.


Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 4.50 petang semalam.

Gambar hiasan

Katanya, mangsa menetap di Kajang, Selangor dan datang ke Kota Bharu bersama isteri atas urusan perniagaan.

"Mangsa pergi ke kedai di lokasi kejadian untuk membuat salinan dokumen perniagaan.

"Ketika berjalan ke kenderaan miliknya, seorang lelaki menunggang motosikal datang dari arah belakang lalu menyerang mangsa menggunakan sebilah pisau," katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Beliau berkata, suspek disyaki lelaki Melayu bertinggian dalam lingkungan 168 sentimeter dan berbadan gempal.


Katanya, suspek memakai baju T merah dan berseluar jeans biru serta menunggang motosikal merah ketika kejadian.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

"Polis giat menjalankan operasi mengesan dan menangkap suspek," katanya.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 18-7-2023 06:26 AM
Sbb dendam ka?

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 02:26 AM GMT+8 , Processed in 0.030483 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top