Seorang gadis dari Indonesia yang dilaporkan ditikam sebanyak 16 kali oleh kekasihnya berkata, mereka sudah berdamai dan mengumumkan mereka akan berkahwin. Eka Wahyu Lestari, 23, berkata, dia kini dalam proses menarik semula laporan polis yang sudah dibuat agar kekasihnya Fika Andrean Banjarnahor, 21, tidak didakwa sekali gus melancarkan proses rancangan mereka berkahwin.
“Keluarga kami sudah berdamai. Saya juga dalam proses menarik balik laporan polis supaya dia dibebaskan kerana kami merancang bernikah,” ujar Eka seperti dilaporkan Detik.com. Eka kemudian menegaskan sang kekasih tidak mempunyai niat membunuhnya meski sudah ditikam sebanyak 16 kali. Gadis itu melabelkan kejadian tersebut sebagai pertengkaran biasa pasangan kekasih. "Sebenarnya dia tidak ada niat membunuh saya. Itu hanyalah pertengkaran biasa. Biasalah orang bercinta kan ada bertengkar, selisih faham sehingga kami bergaduh di dalam kereta itu, jadi terjadilah pertengkaran yang membuat kami sama-sama cedera,” katanya lagi.
Sebelum ini Eka dilaporkan ditikam bertubi-tubi dengan 16 kesan tikaman di sekitar perut dan tangan oleh kekasihnya selepas bergaduh di dalam kereta. Lelaki tersebut kemudian kesian melihat Eka sudah tidak bermaya sebelum menghantar gadis itu pulang ke tempat kerjanya sebelum dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Sumber: Gempak
|
grouper replied at 17-7-2023 02:40 PM
Nak tau ilmu batin apa yg dipakai x mati2 walau ditikam 16 kali...
grouper: Nak tau ilmu batin apa yg dipa ...
imransulaiman replied at 17-7-2023 11:35 PM
Plot twist: dia plan nak balas dendam!
che-cikL replied at 17-7-2023 10:18 PM
16 tikaman tu gaduh2 biasa.
Abis, 17 tikaman baru boleh kata gaduh luar biasa?
CiliPadiSedap replied at 18-7-2023 12:03 AM
Indon mmg bodoh bab bercinta. Xpercaya tanya friska, dulu dia dating belakang reban ayam rumah ora ...
dua_chzy replied at 17-7-2023 11:52 PM
Lemak tebal kot sis. Protect vital organs. Weols jarang dengar orang gemuk mati dibunuh kans.
CiliPadiSedap replied at 18-7-2023 12:02 AM
Ingat xkes youtuber kt penang. Sampai mati awek dia. Ex henry guni
ADVERTISEMENT