CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Lega Tuntutan Fasakh Selesai, 'Lepas' Dari Suami Malas Kerja, Bawa Anak 'Lari'

17-7-2023 09:52 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1200| Komen: 6

Petaling Jaya: Penantian seorang isteri selama setahun untuk dilepaskan daripada perkahwinan ‘toksik’ akhirnya bernoktah apabila kes tuntutan fasakhnya berjaya diselesaikan hari ini.

Menerusi perkongsian seorang peguam kes Fasakh, Fahmi Ramli di akaun Facebook, wanita yang masih muda itu bukan sahaja diuji dengan suami yang malas bekerja, malah turut ‘merana’ apabila anaknya dibawa lari tanpa sebarang jejak.


Gambar yang dimuat naik di akaun Facebook, Fahmi Ramli.

“Hari ini selesai satu kes fasakh yang mana wanita ni masih muda, tapi perkahwinannya diuji dengan sikap suami yang malas bekerja mencari nafkah.

“Sudahlah malas, dibawa lari anak mereka tanpa sebarang jejak. Dia pun sudah puas mencari suami dan anak tersebut. Bila kami cuba cari untuk serahan saman pun, rumah keluarga suami pun dah jadi rumah orang lain,” tulisnya dalam hantaran itu.


Tambah Fahmi, wanita itu hanya mampu bersabar dan teruskan kehidupan kerana yakin suatu hari nanti anaknya pasti akan mencari ibunya semula.

“Alhamdulillah setelah setahun kes ini berjalan, inilah hari yang melegakan hatinya. Saya tumpang gembira dapat bantu dia keluar daripada perkahwinan yang penuh toksik ini. Tabahlah puan,” tulisnya Fahmi lagi.

Sehingga kini hantaran tersebut mendapat 838 tanda suka, 75 komen dan 33 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang mendoakan agar wanita tersebut dipertemukan semula dengan anaknya dan mengecapi kebahagiaan lain.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa100 17-7-2023 09:53 PM
Jadikn anak senjata ugut ....
Bewak hidup
Quote acikonion 18-7-2023 06:27 AM
Yihh! Taraguna pnya jantan... Dh mls kerja. Abis tu anak dia nk kasik mkn apa la tu
Quote glump 18-7-2023 06:44 AM
Gamak sayang cucu,keluarga bekas suami sekali bersetongkol lari Tak dapat dikesan
Quote hareeeesah 18-7-2023 08:38 AM
Keluarga laki pn **doh. Nnt dh mls tanggung jgn ko fitnah mak xcari ank la xkesah ank plak sbb wujud je b**lol camtu
Quote menjad 18-7-2023 08:44 AM
bakalan anak jadi macam bapak. kesian lah ibunya
Quote chiyoasuka 31-7-2023 12:50 AM
ksian si anak jadi mngsa keadaan

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 06:36 AM GMT+8 , Processed in 0.033075 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top