CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Basikal Elektrik Disekat, Orang Ramai Pilih Ulang-Alik Naik Kerusi Roda Elektrik

17-7-2023 09:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1128| Komen: 8

Berikutan mengenakan peraturan baru penggunaan basikal elektrik, golongan muda di Guangzhou, China beralih kepada kerusi roda elektrik sebagai bantahan terhadap peraturan itu.

South China Morning Post semalam melaporkan, tular video memaparkan golongan muda di bandar itu menggunakan kerusi roda berkuasa elektrik di jalan raya tular di media sosial berikutan tindakan Guangzhou yang bersedia melaksanakan peraturan baharu bagi membanteras peningkatan penggunaan basikal elektrik.



 SCMP/YouTube/@videoupper

Ia susulan angka kemalangan melibatkan basikal elektrik di bandar itu yang semakin meningkat. Polis trafik Guangzhou melaporkan lebih satu juta kes pada 2021 dan 1.6 juta kes tahun lepas.

Peraturan yang dicadangkan termasuk mengharamkan basikal elektrik di kawasan tertentu pada waktu puncak atau sepanjang hari dan larangan pengubahsuaian termasuk menambah cermin pandang belakang.



 SCMP/YouTube/@videoupper

Beberapa klip video tular memaparkan orang sihat berulang-alik dengan menaiki kerusi roda elektrik dan satu lagi rakaman menunjukkan penghantar barang memikul basikal elektrik di atas bahunya.

Seorang pemilik kedai peralatan di Guangzhou berkata, perjalanan menaiki kerusi roda elektrik di jalan raya adalah ‘tidak realistik’.


 SCMP/YouTube/@videoupper

“Ia lebih perlahan daripada basikal biasa dan tidak boleh dibawa menaiki kereta api bawah tanah atau bas dengan mudah,” katanya kepada stesen televisyen tempatan.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 18-7-2023 06:29 AM
Mcm2 hal btl la china ni
Quote Supersirap 18-7-2023 10:04 AM
Lagi selesa naik kerusi elektrik
Quote mdhelmi 18-7-2023 11:35 AM
yang aku nampak ialah motor 4 tayar
Quote ninja boy 18-7-2023 12:42 PM
Org tua2 kena ada kerusi roda electrrik, toilet disable friendly, sweep robot, automatic food chef machine
Quote ina_na 18-7-2023 12:46 PM
Kalo jalan raya kat Malaysia ni cantik..best gak guna kerusi roda mcm ni...jimat duit minyak kete,p ambik Anta anak sekolah,tuesyen pun senang..hehehe
Quote B40tastePosh 18-7-2023 12:57 PM
Kalau tak degil, takde la tumbang monarki kat sana.
Quote koko12 26-7-2023 08:32 PM
hahaha lebih selesa dan selamat
Quote bbi25 8-8-2023 08:43 AM
Pantau Sentimen Pasaran: Pertimbangkan penunjuk sentimen pasaran dan kedudukan pedagang untuk mengukur sentimen pasaran keseluruhan terhadap pasangan EUR/USD.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.032747 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top