CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi Perempuan Ditemui Belakang Rumah

17-7-2023 09:45 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 605| Komen: 4

Taiping: Polis berjaya menemui seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan dibuang di belakang sebuah rumah taman perumahan di Kamunting di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner, Razlam Ab. Hamid berkata, pihaknya menerima satu laporan daripada Pegawai Perubatan di Hospital Taiping berhubung kejadian seorang wanita berusia 22 tahun disyaki telah melahirkan seorang bayi perempuan dan bertindak membuangnya.


Seorang bayi perempuan ditemui dalam keadaan tertiarap dan dihurungi semut disebuah taman perumahan dipercayai dibuang oleh ibunya semalam.

“Bertindak atas maklumat itu, pihak polis telah pergi ke lokasi kawasan taman perumahan itu dan menemui seorang bayi di belakang rumah yang telah dihurungi semut. Bayi itu juga ditemui dalam keadaan bertutup dengan kain dan tuala,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, sebaik sahaja ditemui, bayi tersebut segera dikejarkan ke Hospital Taiping untuk tujuan rawatan.


“Bayi itu dipercayai ketika dilahirkan berusia kandungan tujuh bulan dan kini ditempatkan di unit rawatan rapi neonatal (NICU). Keadaan bayi adalah stabil dan ibu bayi itu masih dirawat di hospital yang sama.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” katanya.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 18-7-2023 06:30 AM
Sedap nak, tanggungjawab x nk pikul.
Quote hareeeesah 18-7-2023 08:41 AM
Dorg ni xbaca news ke ek? Ko kalau buang kjp je dorg boleh jumpa gak.
Quote yeos 18-7-2023 11:05 AM
sedihnya... jangan la buang, bagi pada orang yg nak anak, baby hatch kan ada kalau malu nak bagi orang. sedihnya baby tak berdosa itu... dah besar nanti tau ibu dia yg buang betapa hancur hati dia...
Quote bbalik 18-7-2023 12:18 PM
dah buang, boleh gitu je

syaiithoonnn sgt

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 10:22 AM GMT+8 , Processed in 0.030760 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top