CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Ditimpa Meteorit Semasa Minum Kopi Di Luar Rumah

17-7-2023 09:37 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1924| Komen: 23

Paris: Seorang wanita di Perancis ditimpa sebutir meteorit ketika sedang menikmati minuman kopi di luar rumah bersama rakannya, lapor laman berita Wion News semalam.

Kejadian berlaku di kampung Alsace yang terletak di timur Perancis pada 6 Julai lalu. 


Akhbar Les Dernieres Nouvelles d’Alsace (DNA) melaporkan, wanita itu sedang duduk di anjung rumah sambil berbual dengan rakannya apabila batu angkasa lepas itu mengenai  tulang rusuknya.

Gambar hiasan

“Saya terdengar bunyi ‘poom’ dari atas bumbung rumah berhampiran. Selepas itu, saya merasakan kejutan pada tulang rusuk. Saya fikir ia haiwan, seekor kelawar.

“Kami sangka ia sekeping simen yang disapukan pada jubin bumbung tetapi tidak mempunyai warna,” kata wanita yang identitinya tidak didedahkan itu. 

Menurutnya, meteorit tersebut melantun pada  bumbung dan mengenai dadanya,  mengakibatkan kesan lebam.   


Dia kemudian membawa batu itu kepada seorang ahli geologi, Dr. Thierry Rebmann untuk diperiksa sebelum disahkan mempunyai unsur luar Bumi.

Rebmann berkata, meteorit itu mempunyai unsur besi dan silikon, manakala ia jarang jatuh menimpa manusia.

“Menemui meteorit adalah jarang tetapi untuk bersentuhan langsung dan ia menimpa manusia, perkara itu sangat jarang berlaku,” katanya. – Agensi


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 17-7-2023 09:45 PM
kt tempat kaka kami panggil tahi bintang.  friska cakap kalau berdoa time bintang tengah membuang air besar hajat akan dimakbulkan

tengah berdoa rupanya balan2 salah gps bukan tahi bintang
Quote sharlenetexas 17-7-2023 09:46 PM
Macamana boleh tahu unsur besi dan silikon luar bumi? Bagaimana kaedah test kat lab?


Quote sharlenetexas 17-7-2023 09:46 PM
Make a wish.


Quote Skuau 17-7-2023 09:49 PM
sharlenetexas replied at 17-7-2023 09:46 PM
Make a wish.

Berharap semua ahli politik kat Msia ini....................
Quote cranell 17-7-2023 09:51 PM
dapat super power tak tu
Quote kakikuDibibirmu 17-7-2023 09:59 PM
sharlenetexas replied at 17-7-2023 09:46 PM
Make a wish.

dahulu akak suka THE 10TH KINGDOM

[youtube]ro5LET2YKOE[/youtube]

http://youtu.be/ro5LET2YKOE
Quote Samerosie 17-7-2023 10:00 PM
Sempena Jane Birkin meninggalkan dunia kut semalam.
Quote mojarean_X 17-7-2023 10:19 PM
kakikuDibibirmu replied at 17-7-2023 09:59 PM
dahulu akak suka THE 10TH KINGDOM



Mcm lagu rose royce je background dia
Quote zarulnazmi 18-7-2023 08:07 AM
Adakah wanita itu memperolehi kuasa luar biasa selepas ditimpa meteorit?
Quote matjerk 18-7-2023 09:20 AM
So selain dari gambar kopi, gambar batu tu mana?
Quote s@s@ 18-7-2023 09:21 AM
meteorit kalau hentam bumi bukan laju ke?
ni jatuh ala2 burung berak ja
Quote ninja boy 18-7-2023 09:21 AM
Twilight zone s1 yg pegang batu meteor terus jadi pemarah dan berjangkit satu negeri jadi pemarah
Quote cucutokwan89 18-7-2023 09:39 AM
doktor: nape ni makcik? lebam² bagai
makcik: tgh ngopi smlm, pastu kena hentam dgn meteorit
doktor: randomnya
Quote Simunggu 18-7-2023 09:48 AM
lastik bah tu
Quote grouper 18-7-2023 10:07 AM
Mahal oo batu meteorite ni..bukan senang jumpa tapi org2 melayu dlu hebat2 sbb diorg boleh buat keris yg ada kuasa sakti mcm taming sari pakai besi dari meteorite la. Bukannya ada spectrometer pun dulu..
Quote pisanggoreng 18-7-2023 10:14 AM
Screenshot_20230718_101227_Chrome.jpg
Quote _blackbird 18-7-2023 11:25 AM
sharlenetexas replied at 17-7-2023 09:46 PM
Macamana boleh tahu unsur besi dan silikon luar bumi? Bagaimana kaedah test kat lab?

byk method. cth nmr, ir spectrometry, xray dan lain lain
Quote jfq 18-7-2023 11:35 AM
Jaga2. Esok bangun pagi bertukar wajah
Quote mdhelmi 18-7-2023 11:38 AM
meteorit aku tak percaya
kalau kapal angkasa goku dari planet nameck mendarat kat bumi aku percaya

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.063412 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top