Aktiviti harian langsung tidak terjejas, malah pelakon dan usahawan Boy Iman mengakui kontroversi termasuklah melibatkan kes mahkamah membuat dirinya popular. Malah, Boy atau nama sebenarnya Norul Iman Abdul Rahman, 43, semakin dikenali sehingga ditawarkan peluang perniagaan kerana kontroversi itu.
“Alhamdulilah buat masa ini tak ada lagi terima ugutan secara fizikal di depan, saya percaya pada Allah jika itu takdir saya terima seadanya. “Saya menjaga diri dengan sebaik mungkin tapi kalau kita berada di pihak yang benar maka tak perlu takut untuk menghadapinya. “Bila berlaku kontoversi ni saya nampak nama makin naik, orang ramai tegur dan belanja makan... malah ada yang ambil gambar serta ada juga ajak buat perniagaan,” kata Boy kepada mStar.
Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT