CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Finas Enggan Ulas Isu Kutipan Mengecewakan Filem Vik2ria Secret

17-7-2023 04:17 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3929| Komen: 41

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) enggan mengulas lanjut mengenai isu kutipan filem Vik2ria Secret yang menerima Dana Kandungan Digital berjumlah RM550,000.

Sepanjang dua minggu filem arahan AR Badul itu ditayangkan, Vik2ria Secret yang menelan belanja keseluruhan RM1.05 juta itu sekadar meraih RM5,058.90 dengan jumlah tontonan di pawagam sekitar 346 orang.



“Buat masa ini Finas tiada apa-apa kenyataan mengenai perkara tersebut.

“Sedang dalam tindakan kami,” respons ringkas Rozita Waty Ridzuan, Pemangku Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) ketika dihubungi Utusan Malaysia  baru-baru ini.

Terdahulu, filem Vik2Ria Secret mencuri tumpuan apabila warganet mempersoalkan mutu dan hasil naskhah yang dianggap kurang memuaskan walaupun menerima bantuan dana daripada kerajaan.

Bukan itu sahaja, Finas juga tidak terlepas menerima kritikan apabila dianggap sambil lewa dalam menyaring penerima dana.


“Kalau 300 lebih sahaja penonton, maksudnya yang datang tayangan perdana sahajakah?” soal satu pengguna di laman sosial.

“Macam mana Finas menentukan siapa yang layak menerima dana dan macam mana filem Vik2ria ini boleh lulus kriteria penerima dana?” tanya pengguna yang lain.

“Dana banyak, tapi poster pun macam budak intern yang buat. Tak tahu nak marah ke apa,” komen pelakon Nadhir Nasar.

Vik2ria Secret atau tajuk asalnya Bra Merah yang memaparkan cerita dan rahsia ‘dalam kain’ wanita ditayangkan di pawagam bermula 15 Jun lalu.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 17-7-2023 04:20 PM
Filem sampah. Membazir bagi dana filem ni. Sapa yg luluskan ni..
Quote yeos 17-7-2023 04:21 PM
Tajuk filem pun ya ampun....
Quote vanillaninja 17-7-2023 04:24 PM
I just nak tau siapa yang luluskan dana 500K tu?
Quote lostnfaun 17-7-2023 04:26 PM
Cuba cek details kos produksi dia. Gaji, elaun, sewa peralatan dan lain². Mentang² dana kerajaan sedap jer buat smp kos 1.05juta.
Quote Prickford 17-7-2023 04:28 PM
Ni kalau iolls lah boss, datang saringan nak dana, dgn skrip jalan cerita mengarut, director low class, pelakon sendu, mmg iolls lempar kerusi kat deyols. Pegi buat drama Youtube je la.
Quote doubleA 17-7-2023 04:33 PM
Baik la bagi cerita2 sejarah ke apa kejadah rahsia wanita bagai? Separuh juta burn, dana kerajaan = duit rakyat juga. Siapa punya idea filem sampah ni?
Quote cik_ingeniare 17-7-2023 04:47 PM
tajuk filem pun aiyooo.. belum lagi ada bikini bottom kat terselit dekat poster
Quote sashasam 17-7-2023 05:49 PM
bapak anzalna nasir kan yg luluskan?
Quote kepompong 17-7-2023 05:54 PM
kubur dah panggil pun… tergamak buat poster cenggitu (corner bawah sebelah kiri)
Quote izat123 17-7-2023 05:56 PM
Dah ceo baru pulak nanti nak jawab taik yang ditinggalkan ceo lama hahaha. Ceo lama pun tak nak berbunyi juga ke justify macam mana dia luluskan dana ni?
Quote woven11 17-7-2023 06:11 PM
Tajik filem dan poster pon dah buat orang loyer nak tengok
Quote Parit.Hilton 17-7-2023 06:12 PM
dah la nama kampung dalam cerita ni KAMPUNG HONI. ko rasa???
Quote Whitney72 17-7-2023 06:14 PM
Mmg patut bapak Anzalna kna berenti 24 jam
Quote casper2022 17-7-2023 06:28 PM
xda audit ke filem ni? lulus macam tu je. bantuan rahmah pon rakyat kena saring lhdn. ni sng2 lepas 500K.
Quote Sachacha 17-7-2023 06:30 PM
Tak menyelerakan tajuk dan poster
Quote timah03 17-7-2023 06:33 PM
AR badul ke yg buat...
Tak ada idea dah ke...
Dulu2 dia banyak mengarah kan... Elok je citernya...
Quote dudaberhias 17-7-2023 06:52 PM
vanillaninja replied at 17-7-2023 04:24 PM
I just nak tau siapa yang luluskan dana 500K tu?

sape lagi kaka kalau bukan ayah si toaster smeg yang terpaling pensyarah tu...
dah la filem nama sampah sesampahnya...
lepastu poster macam ahlong tampal2 bawah jambatan...

masalahnya poster ahlong tampal sekarang pun dah meletopz yach...
belum iols sebut poster permainan judi online lagi... design lagi meletop kebabom dari poster filem2 melayu malaysia.//




Quote piro77 17-7-2023 06:56 PM
Eiyyyy tgk poster, tajuk n pelakon pun dh tak lalu. Siapa yg luluskan ni mmg budus
Quote QueenIsolde 17-7-2023 06:58 PM
Edited by QueenIsolde at 9-8-2023 05:10 PM

Pilim pizzperuz yg bakal keluar tu pun ayah smeg toaster jgk ke yg luluskan chuols?

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 06:15 PM GMT+8 , Processed in 0.263037 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top