CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Biarlah Orang Berteka-Teki Tentang Kehidupan Saya' - Masya Masih Berahsia Status Dengan Idris Woo

17-7-2023 04:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2369| Komen: 14

Penyanyi Masya Masyitah mengulas isu kesahihan sama ada dirinya sudah bernikah dengan seorang lelaki bernama Idris Woo.

Kata pemilik nama sebenar, Siti Nurmasyitah Mohd. Yusoff itu, belum tiba waktunya untuk dia bercakap tentang perihal terbabit atas sebab yang tidak dapat dielakkan.



IG

“Buat masa sekarang, biarlah begini. Biarlah rahsia.

“Biarlah orang nak berteka-teki tentang kehidupan saya. Dengan siapa saya menjalin hubungan dan sebagainya.

“Sudah sampai waktu sesuai nanti, saya sendiri akan bercakap tentang status saya sekarang,” katanya kepada Kosmo! Online.

Menerusi aplikasi WhatsApp, status Masya sekarang tertulis frasa romantis berbunyi: “I love my hubby (saya sayang suami saya).”

Sejak 2021, hubungan antara Masya dengan Idris Woo dikatakan sudah ke jenjang pelamin namun masih menjadi ‘misteri’ dalam kalangan khalayak sehingga hari ini.



Kosmo

Sementara itu, vakum daripada sebarang perkongsian muzik sejak kebelangan ini, Masya mendedahkan pada satu tahap, terlintas di fikirannya untuk tidak lagi berkecimpung dalam dunia seni.

Alasan yang diberikan adalah kerana, kecaman yang diterima daripada mulut netizen kadang-kadang ‘membunuh’ dan membuatkan motivasinya bergelar pemuzik semakin pudar.

“Kadang-kadang saya sendiri fikir nak bersara daripada terlibat dalam dunia seni sebab mulut orang.


IG

“Sakit membaca komen-komen netizen, orang (mangsa kecaman) yang berdepan dengan semua itu sahaja yang tahu.

“Tapi, sekarang ini pun saya memang berehat seketika daripada dunia seni. Memang sudah tidak menyanyi sangat. Ada beberapa perkara yang menjadi keutamaan saya seperti keluarga dan perniagaan,” katanya lagi.


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bottompro 17-7-2023 04:09 PM
Bersara je. You're not memorable at all
Quote dudaberhias 17-7-2023 06:45 PM
masalahnya sape yang nak tahu sangat status kau tu... macam lah kau retis terpaling popular kat negara ni sampai orang nak tahu status hubunga... hengko janda pun acik2 tak kisah yach tiba2 plak keluar kisah orang bertanya pasal hubungan kau dengan jejan tu... meskipun herlokkk tapi kaka tak boleh yach menerima gosip sejenis perasan orang bertanya pasal dia... padahal takde sape tanya pun....

Quote lattehazelnut 17-7-2023 08:01 PM
Dah kau batak perhatian
Nak viral pakai menda pelik2 or sentuh2 laki
Bakat xkemana.. gosip murahan je lah utk kekal dlm industry..
Quote asfaz 17-7-2023 08:15 PM
sendiri tulis status, pastu acah nak rahsia nak org teka teki.
Lantak la kau dek non..nanti bunting kuar la statement saya dah lama kawin
Quote bankerpencen 17-7-2023 08:42 PM
Kisahhhhhh. Budak ni entah pape je. Sendu selamanya
Quote kakikuDibibirmu 17-7-2023 08:44 PM
Marsha Milah Londeh tersenyum sinis
Quote little_sis 18-7-2023 01:43 AM
Dia ni comel la..
Quote sharlenetexas 18-7-2023 02:57 AM
Apa lagu sheols?

Quote jihyomelly 18-7-2023 07:06 AM
ada aku kesahhhhhhhh?
Quote acikbrown 18-7-2023 07:47 AM
Entah le, acik pun tak tahu lagu apa dia nyanyi...
Quote xtravaganza 18-7-2023 07:56 AM
Aku pon xtaw lagu ape dia nyanyi or apa dia pnya sumbangan dlm industri. Cuma bg aku dia comel. Tu je..
Quote Lampuled 18-7-2023 08:10 AM
Jd model tudung pun ok.. tak pun jd ponder tudung.muda lg sesuai la duk berlive tutorial hari2 ..
Quote fizamn 18-7-2023 08:20 AM
penyanyi??? haaaa??? penyanyi bertudung yg baru yg aku ingat femes najwa latiff, wany hasrita, aina abdul.. yg veteren x kira erk..
Quote lasagna 18-7-2023 08:25 AM
idris woo pun kaka tak kenal dik.. so xyh ar cite.
ni semua gila glamour jer.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.033624 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top