Sabtu lepas ribuan umat Islam telah membanjiri Dataran Merdeka, Kuala Lumpur bersempena Majlis KL Munajat bersama pendakwah terkenal Nusantara, Ustaz Abdul Somad dan Sheikh Aleey Abdul Qadir.
Selain membacakan selawat beramai-ramai, Ustaz Abdul Somad turut menyampaikan ceramah. Ustaz Abdul Somad mengingatkan para hadirin agar sentiasa meningkatkan tahap keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T kerana ianya mampu membentuk peribadi yang kental dalam menghadapi sebarang ujian. Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian ramai apabila Datuk Adi Putra berpeluang memakaikan tanjak serta menyarungkan keris pada Ustaz Abdul Somad sewaktu ketibaanya. Di Tiktok, Adi memuat naik momen istimewa tersebut sebagai kenangan dan buat tatapan umum.
Adi hanya menulis kalimah Alhamdulillah sebagai tanda syukur diberi peluang sedemikian. Di ruangan komen ramai menyifatkan aktor filem Mat Kilau itu sebagai seorang yang bertuah kerana diberi penghormatan tersebut. Ramai turut menumpang gembira menyaksikan momen cukup bermakna itu ada juga yang meluahkan rasa syukur kerana menjadi salah seorang ribuan umat yang membanjiri Dataran Merdeka. -CARI |
ADVERTISEMENT