Sejak pulang dari mengerjakan ibadah haji, DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dilihat mengenakan tudung dalam setiap majlis-majlis rasmi yang dihadiri baginda. Baru-baru ini Fazura telah memuat naik semula hantaran dari Instagram Selangorroyalofficial dengan menzahirkan rasa bersyukur apabila baginda Permaisuri Norashikin sudi mengenakan tudung keluaran jenamanya.
Menurut Fazura, Tengku Permaisuri Norashikin memakai tudung Fazura jenis square satin in “Onyx” dari koleksi Black Label. Difahamkan, Permaisuri Norashikin telah berkenan untuk berangkat ke Kuliah Dhuha Perdana & Zikit Munajat yang berlangsung di Dewan Solat Utama, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 14 Julai 2023. Kuliah tersebut telah disampaikan oleh penceramah tersohor dari Indonesia, Tuan Guru Prof. Hj. Abdul Somad, sementara Zikir Munajat dipimpin oleh Imam Masjid Negeri, Ustaz Haji AbdulKarim Almakki.
|
aemon replied at 17-7-2023 03:08 PM
Tudung dia ape beza black label dan white label?
OshinDaSolja replied at 17-7-2023 09:48 AM
Alhamdulillah... semoga kaka faz sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan...
Hessa replied at 17-7-2023 06:00 PM
tudung satin ni, kalau pandai bentukkan (maksudnya tak kelepet) nampak mahal.
dewi_rina replied at 17-7-2023 03:18 PM
Dan yg satu lagi tengah berpantang sambil menghirup udara kampung serta memikior nama anak, untuk di ...
Hessa replied at 17-7-2023 06:00 PM
tudung satin ni, kalau pandai bentukkan (maksudnya tak kelepet) nampak mahal.
CikYaYaYa replied at 18-7-2023 09:34 AM
Black label tu lagi mahai dr yang biasa kaa? Iolss tanyaaa niee sebab iols memang xtau
ADVERTISEMENT