CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Arwah Suami Dorong Salamiah Hassan Untuk Bertudung, "Boleh Tutup Uban Dan Aurat Sekali"

17-7-2023 01:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3428| Komen: 27

Salamiah Hassan, 72 tahun mengambil keputusan untuk bertudung sejak Mac lalu kerana pilihan hatinya sendiri selain sudah sampai waktu. 

Namun katanya arrwah suaminya, Allahyarham Gery Hughes juga antara pendorong baginya untuk menutup aurat.


Foto: IG

"Saya berhijab bukan kerana sesiapa tetapi kerana Allah SWT dan arwah pun pernah suruh. Sebelum ini saya sering mewarnakan rambut kerana ingin menutup uban-uban halus yang tumbuh. Apabila melihat situasi itu, arwah bertanya kenapa tidak berhijab untuk menutup uban.

"Imbas kembali perbualan itu, arwah turut memuji anak saudara saya yang bertudung kerana dilihat cantik dan manis. Saya menegaskan kaum wanita bertudung bukan untuk menutup uban sebaliknya atas tuntutan agama.

"Namun arwah menjelaskan kenapa tidak bertudung untuk menutup aurat dan dalam masa yang sama sembunyikan uban," katanya.



Ditanya mengenai keadaan terkininya selepas pemergian suaminya akibat kanser kolon, Salamiah berkata, sebagai manusia biasa dia tidak mampu menutup rasa kesedihan yang masih berbekas dalam hatinya.

"Saya sudah berjanji dengan diri untuk tidak menangis apabila berbicara mengenai arwah. Saya harus kuat dan bangkit meneruskan hidup. 


"Jika bercerita mengenai arwah banyak kenangan yang kami kongsikan bersama. Sebagai saudara baru dalam Islam, arwah membaca Al-Quran dan penterjemahan dalam Bahasa Inggeris, malah dia juga turut merujuk kepada saya setiap kali membaca," kata Salamiah yang kematian suami pada 4 November lalu.



Salamiah menamatkan zaman solo selama 35 tahun apabila memilih Hughes sebagai suami pada 1 September tahun lalu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 17-7-2023 02:00 PM
Alhamdulillah..tahniah
Satgi ada yg melahar soh pakai tudung labuh katup dada
Quote Cassieopeia 17-7-2023 02:05 PM
bagusnya arwah suami dia walau baru je peluk islam tp rajin dia belajar islam
Quote mamapea 17-7-2023 02:23 PM
umur 72 thn...masih kuat & nmpk muda..
Quote jihyomelly 17-7-2023 02:26 PM
masih cantik utk yg dah 7series..
Quote asamfish 17-7-2023 02:28 PM
Thunderclouds replied at 17-7-2023 02:00 PM
Alhamdulillah..tahniah
Satgi ada yg melahar soh pakai tudung labuh katup dada

baru nak cakap benda yang sama....

Quote newyork 17-7-2023 02:28 PM
Suami dia baru peluk islam kan
..lepas tu meninggal...
Quote asamfish 17-7-2023 02:30 PM
mamapea replied at 17-7-2023 02:23 PM
umur 72 thn...masih kuat & nmpk muda..

kan.....sgt bertenaga ..dan cantik .....takde mencucuk.....

Quote mamapea 17-7-2023 02:58 PM
asamfish replied at 17-7-2023 02:30 PM
kan.....sgt bertenaga ..dan cantik .....takde mencucuk.....

lgpun kan acik salamiah ni aktif..tu yg nmpk bertenaga...mmg impress...
Quote She-Ra 17-7-2023 03:03 PM
orangnya kecik molek comel lote.. mmg tak nampak tua la
anaknya atilia pun jenis kecik cuma tinggi sikit
Quote Hessa 17-7-2023 03:03 PM
suka pulak tgk aunty salamiah ni kenakan tudung dan pakaiannya..nampak terletak kemas je.
Quote beatgirlX 17-7-2023 03:19 PM
Alhamdulillah... Cantik acik Salamiah bertudung.. Semoga istiqomah dan dentiasa diberikan kesihatan yg baik
Quote TomyamPuteh 17-7-2023 05:46 PM
Masih bersmoking kah beliyau?
Quote kepompong 17-7-2023 05:56 PM
umur 72 tak perlu pakai tudung  sbnrnya. apetah lagi dada tak perlu tutup pun
Quote silampumeja 17-7-2023 06:13 PM
Cassieopeia replied at 17-7-2023 06:05 AM
bagusnya arwah suami dia walau baru je peluk islam tp rajin dia belajar islam

Inilah org kata, bukan permulaan, tapi pengakhiran yg kita nilaikan. Bertuah dipilih Allha mendapat hidayah di hujung usia , pergi sebagai islam.... Terhapus segala dosa sepanjang hidup sblum ni.
Quote silampumeja 17-7-2023 06:15 PM
Hessa replied at 17-7-2023 07:03 AM
suka pulak tgk aunty salamiah ni kenakan tudung dan pakaiannya..nampak terletak kemas je.

Masa dia dala masterchef malasia pun personality dia baik kan.... I suka since tu.... Dan meliht skrang, Allah pilih dah utk dia paka tdung skrang.... Semoga terus istiqamah dan dirahmtai Allah
Quote rainbowrainz 17-7-2023 06:25 PM
Semoga bahagia hendaknya.. aamiin Ya Rabbal Aalamiin
Quote sleepandream 17-7-2023 07:26 PM
lagi manis bertudung nenek ni...
si atilia tu mmg tomboy ke?
Quote rosedemon 18-7-2023 09:04 AM
yela nek dah nk msok kbur kenala btudung ye dak
Quote CikYaYaYa 18-7-2023 09:38 AM
Semoga terus istiqomah

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.128178 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top