CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelanggan Tendang Budak Perempuan Gara-gara Jual Umpan RM8 Di Melaka

17-7-2023 11:59 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2669| Komen: 29

Seorang pelanggan naik angin apabila umpan cacing laut atau umpun-umpun dijual pada harga RM8, hilang pertimbangan apabila tergamak menendang seorang kanak-kanak perempuan.

Kejadian di Kampung Telok Gong, Alor Gajah, Melaka itu dikongsikan di Facebook oleh pengguna Facebook, Anip Anip dipercayai bapa mangsa.



FB/Majoriti

Dia menerusi hantaran sama turut memaklumkan sedang menunggu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada jiran berdekatan yang mungkin kebetulan merakam kejadian terbabit.

"Kalau tak nak beli umpan, tak payahlah tendang anak perempuan saya. Kalau rasa RM8 mahal, tak payah beli.

"Saya tengah tunggu (rakaman) CCTV lengkap, tak kira siapa saya akan buat (laporan) kes ya," katanya pada Ahad.

Menjengah ke ruangan komen, warganet turut meluahkan rasa tidak puas hati

"Tak baiklah tendang-tendang orang. Hormat orang. Tak kira budak ke orang tua. We all human being," kata Siva Kumar.


"Tempat aku jual umpun-umpun RM10 kira okey saja pada aku. RM8 tu murah sudah, kalau (rasa) mahal tak payah beli," kata Mohd Azwan.

Setakat ini, masih belum ada sebarang laporan polis diterima berkenaan insiden tersebut. 


Sumber: Majoriti


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 17-7-2023 12:20 PM
yang bapa pun knapa x buat report polis?bodoh much klu anak kena tendang tu cedera dalaman camne??
Quote noor2 17-7-2023 12:34 PM
Carila jantan celaka tu sampai lubang cacing...apeke loser sungguh tendang budak2
Quote ifanonline 17-7-2023 12:36 PM
cilaka tul penendang tu...netizen pakat2 cari dan tendang dia pula
Quote ally9970 17-7-2023 12:46 PM
Cerita tak habis, takkan pelanggan tanya bearpa harga, bila budak perempuan tu jwp RM8, terus kena tendang...
Quote s@s@ 17-7-2023 12:51 PM
maybe budak pompuan tu jawab style melaka.
tapi mmg celaka la tendang2 budak.
memancing boleh pulak sabar berjam tunggu ikan makan
Quote Sazreena 17-7-2023 03:14 PM
Xnak beli, just ignore. Ni ko dah tendang tak memasal duduk dalam. Baidewei..bapak budak tu tak kena charge child labour lak eh..teybeh..
Quote _blackbird 17-7-2023 03:25 PM
umpun umpun ni pebenda? oompa loompa tau ler
Quote Cyempaka 17-7-2023 03:35 PM
Kau makan dadah ke.. bodoh bangang semacam je smp tendang2 org.
Bleh geng dgn mamat bj merah cameron highland. Kau tendang dia, dia tunjal pala kau. Dia tunjal pala kau, kau tendang dia balik.
Quote Cassieopeia 17-7-2023 03:36 PM
dgn budak ko nak tendang eh geram plak aku, bapak dia buatla report polis
Quote prettyuglybabe 17-7-2023 03:43 PM
i tikam bapak budak ni pun jenis tak guna..
Quote enzo 19-7-2023 01:05 PM
Semoga orang gila tu ditangkap. Nak sangat belasah balik kalau aku kat sana
Quote dua_chzy 19-7-2023 01:37 PM
Bukan aje budak2, bbnu, malah orang dewasa zaman sekarang pun serupa babi khinxir nak mampus.
Quote kemaruk 19-7-2023 02:00 PM
bangkem tengok yang kaki pancing ni rata2 memang ada masalah mental

Quote Manjahati 19-7-2023 02:32 PM
Suka suki jer tendang anak org. Klu rasa mahal jgnlah beli. Mcmni punya manusia pun ada
Quote Decaffeinated 19-7-2023 02:44 PM
cerita sekerat2 nak kasi menang. biasalah.

Quote Prickford 19-7-2023 04:05 PM
Kau kalau dewasa, terajang budak mmg salah la. Tapi story ni fishy la chuolls. Tak kan tiba2 budak jual umpan RM8 kau nak terajang?? Pastu kalau betul anak tu kena terajang, bapak takde nya nak tunggu itu ini. Terus ke balai report. Ke bapak dengan si penerajang tu ada dendam??
Quote tikusmontok 19-7-2023 04:19 PM
Dah singkek takyah la beli umpan hanattt, korek jer cacing kat ladang babi nun..sesuai dgn perangai ko
Quote sharlenetexas 19-7-2023 04:21 PM
Ke dendam lama dgn mak bapak?

Quote hashashes 19-7-2023 04:41 PM
Kenapa budak perempuan tu kena jual umpan?

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-10-2024 02:29 AM GMT+8 , Processed in 0.042306 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top