CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ubah Suai Rumah Tapi Dinding Jiran 'Tak Siap', Jangan Begitu Kawan

17-7-2023 11:49 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1342| Komen: 11

Keselesaan jiran sepatutnya diambil kira sekiranya kontraktor diupah untuk membina dinding pembahagi di rumah pelanggan.

Menurut Mahanom Mohammad melalui sebuah hantaran di Facebook, banyak kontraktor memilih jalan singkat dan hanya menyiapkan bahagian dinding rumah pelanggan sahaja manakala bahagian jiran dibiar kotor dengan bata tidak bersimen.



FB

“Kita tidak dapat elak daripada memasuki kawasan jiran apabila pelanggan minta bina dinding pembahagi sempadan rumah.

“Sebagai kontraktor yang beretika, tugas kita adalah untuk memastikan sisa binaan kerja tidak mengotorkan rumah jiran hingga mengancam keselesaan hidup mereka,” jelasnya.

Tambah Mahanom, batu bata yang disusun perlu diikat dengan campuran pasir dan simen supaya dinding tersebut tahan panas, hujan dan perubahan cuaca yang melampau.

Mahanom berkata, kontraktor perlulah ambil kira keselamatan dan kemaslahatan jiran. Semasa berunding dengan pelanggan, nasihatkan mereka supaya melepa dinding rumah sebelah dan mengecatnya dengan warna yang disukai jiran.





Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 17-7-2023 12:00 PM
Bila kita baik, simen & plaster belah jiran, jiran pulak buat tembok tu mcm dia yg byr.
Quote esbok 17-7-2023 12:10 PM
tu belum cerita, contractor tertebuk dinding rumah jiran, lepas tu tak repair
Quote aint 17-7-2023 01:17 PM
yes.... iols ada jiran ci!@k@ ... sentiasa jer drill dinding.... ntah apa yg nak disangkut...
Quote Thunderclouds 17-7-2023 02:17 PM
Hahaahaha..sakit mata oii...
Mujur jiran aku buat elok.
Yg depan umah lg seblah tu dia biar togel.
Nampak la batu bata dh blumut ijau.
Quote vespa_oren 17-7-2023 03:17 PM
aku balik hri tu tengok jiran dah naik batu, tpi sebelah aku togel
sebenarnya jika dia nk share pun boleh tpi xada lak dia tanya, rumah tu pun aku buat transit bila balik kampung jer
Quote babelina 17-7-2023 03:50 PM
aku alhmdulillah share2 ngn jiran bagi 2 kiri kanan.. pastu yg dpn umah aku kesian.. jiran x nk share.. tp dia still sudahkn juga plaster cat semua..
Quote Sazreena 17-7-2023 03:51 PM
Sebb nyampah ngan perangai jiran aku, aku naikkanlah tembok. Masa proses buat tu, aku dah cover baik punya dgn plastik apa semua. Itu pun dikatanya rumah dia bersepahlah la..ada kesan simen la.


Sebelum nak naikkan tu, laki aku inform dia. Kitorang siap nak buatkan sekali belah dia supaya helok ghopanya. Dia tak kasi kontraktor tu masuk. Masa nak tunggu batu kering, dia saje siTram air siot. Aku sabo je la. Malas nak serang ongtua. Yg aku hangin, bila belah kitorang dah siap..dia kata kitorang burukkan umah dia sbb buat keje x abis. Dah terpaksalah panggil balik kontraktor siapkan belah dia. Tau nak umah dia je elok..abis sampah pokok-pokok bunga dia tu tak reti lak nak sapu. Dgn nyamuknya..stress mak nyah!
Quote zehra2 17-7-2023 04:04 PM
aku tk buat tembok tinggi. cuma pasang cement board. aku dh ajak jiran share. dia tk ndak. jd 8 kaki ler cement board naik
Quote grouper 17-7-2023 04:58 PM
X pernah belajar adat berjiran ke...bila dah disebut dalam Al Quran dan hadis...mmg antara benda penting yg perlu dijaga
Quote ifanonline 17-7-2023 05:02 PM
jiran yg suka bela binatang kena hati2, pasang electric wire sekeliling pagar rumah
Quote Perwira2022 17-7-2023 05:12 PM
Kami T20 rumah banglo takde isu2 begini. Tapi kalau kami alami situasi begini pun pasti kami buatkan je sebelah rumah jiran sekali... Berapa sangat kos nak plaster & cat elok2.... Mentaliti berkira & terlalu nak berjimat tu jangan sampai menganiaya orang, lebih2 lagi jiran. B40 je spesis kiasu kiasi selfish nak mampos

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 12:34 PM GMT+8 , Processed in 0.076267 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top