CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ditinggal Atas Motor Ketika Kakak Masuk Kedai, Budak Perempuan 3 Tahun Maut Dilenyek Lori

17-7-2023 11:39 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1877| Komen: 8

Kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang dibiarkan duduk berseorangan di atas motosikal maut digilis lori apabila kenderaan dinaikinya itu berundur sendiri sebelum terjatuh di tengah jalan.

Dalam kejadian di Kecamatan Manggala, Kota Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia pada Sabtu itu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa, Nur Afifah ditinggalkan di atas motor oleh kakaknya yang berusia 20 tahun di hadapan kedai terbabit..



Difahamkan, remaja masuk sebentar ke kedai berkenaan untuk membeli barangan, namun mangsa yang ditinggalkan tanpa pengawasan terjatuh apabila motosikal dinaikinya berundur sendiri dipercayai berikutan keadaan jalan yang tidak rata.

"Kemudian dia terjatuh dengan motosikalnya terlingkup ke atas jalan dan pada masa sama sebuah lori lalu. Mangsa terkena tayar belakang lori berkenaan,” kata Ketua Polis Manggala, Kompol H Syamsuardi dalam satu kenyataan dipetik Majoriti.


Mangsa yang parah di kepala dan perut dikejarkan ke Pusat Kesihatan Perumahan Negara Antang, namun disahkan meninggal dunia sebelum sempat tiba di pusat rawatan.


Twitter

Sementara itu, polis turut menahan pemandu lori dan kakak mangsa untuk membantu siasatan.  - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TOPwind 17-7-2023 11:50 AM
yg duduk atas motor tu

nampak motor tu bergerak  tapi tiada action
Quote Sazreena 17-7-2023 05:02 PM
Ya Allah..kepala dulu lak tu..
Quote green~tea 17-7-2023 05:08 PM
Apsal tinggal baby toddler atas motor?

Bangsat punya mak pak CUAI
Quote Tiggybiru 19-7-2023 10:55 PM
Aduh tragisnya..berita mcm ni tak sanggup baca
Quote insulin 19-7-2023 11:00 PM
Kasihan pada budak perempuan tu. Cuai betul kakak dia tu.
Quote chiyoasuka 31-7-2023 02:14 AM
salam takziah
Quote sangbara2020 31-7-2023 07:38 AM
aduhai...kat msia pun rmi buat cenggini...tlg la alert..bdk suka terkinja2 hokeh
Quote Suchi 31-7-2023 07:41 AM
Susah sgt ke nak bawak budak tu masuk sekali dlm kedai?
Aku ni duk dlm keta sambil tunggu laki g beli buah buah kt tepi jln pun rasa seriau takut lori besar lalu tetiba pi langgar ke apa.
Rasa mcm baik aku kuar, rasa tak sedap je hati kalau parking kat bahu jalan nih.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 10:36 PM GMT+8 , Processed in 0.049910 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top