Dah tak ada Shuib, Sepahtu hanya Jep dan ahli-ahli baru kumpulan itu iaitu Ilya Buang, Rahim dan Ebby Yus. Sejak Shuib undur diri, Jep mengakui dirinya sering ditanya mengenai hubungan kumpulan Sepahtu dengan Shuib sama ada mereka akan kembali buat ‘reunion’?
Menerusi satu video live TikTok, Jep memaklumkan bahawa semua orang termasuklah dirinya mempunyai kehidupan mereka sendiri, keinginan dan kecenderungan masing-masing. "Jadi kalau sorang tak nak buat, takkan lah abang(Jep) nak berhenti, abang tak pandai meniaga, ni lah tempat abang cari makan. Jadi abang kena terus berjalan." KataJep dia sudah cuba menyatukan kumpulan Sepahtu namun perlu menghormati kehendak dan keputusan orang lain. "Jadi kalau korang cakap, bang, kumpulkan Sepahtu, kumpulkan apa, abang tak ada daya, masing-masing dah ada rezeki, masing-masing ada bisnes sendiri, ada keinginan masing-masing. Jadi kita kena hormatlah orang lain. Nak kata pujuk, ajak dah gais, tapi kita kena hormat keputusan orang lain, begitulah." Jelasnya lagi, meskipun Sepahtu tidak lagi seperti awal dahulu, dia tetap perlu maju ke depan kerana mempunyai komitmen selain itu hanyalah satu-satu ‘periuk nasi’ dia dan keluarga untuk terus hidup. -CARI
|
Perawankota replied at 17-7-2023 02:48 PM
Anyway, dia mmg tak nak panggil mamat join balik eh.. Asik lah soeb soeb soeb
anony-mous replied at 17-7-2023 03:00 PM
Serik dgn masalah disiplin kot. Agknya rahim tu senang dgr arahan. Buat apa pening2
adeqbun replied at 17-7-2023 03:23 PM
harus la senang dgr arahan..xde job lebat yg lain2 agaknya
ADVERTISEMENT