CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jarak Umur 10 Tahun- Pensyarah 'Usha' Pelajar Dalam Kelas, Umur 19 Tahun Belum Habis Belajar Dah Ajak Kahwin

17-7-2023 10:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2466| Komen: 24

Mulanya pelajar dan pensyarah, akhirnya berubah menjadi suami isteri.

Wanita bernama Nurul Medina berkata, bibit cinta antara dia dan suami bermula ketika berada di semester keenam pengajian.


"Saya melanjutkan pelajaran ke sebuah kolej swasta di Sungai Petani, Kedah dalam jurusan kesetiausahaan pada 2011. Suami saya, Muhammad Fairuz pula pensyarah untuk subjek grafik.

"Dipendekkan cerita, ketika saya berada di semester empat, suami mengajar kelas saya untuk subjek grafik. Dalam masa yang sama, saya aktif untuk satu kelab dan kebetulan, suami yang handle kelab tersebut.

"Namun ketika itu, hubungan kami tak rapat pun... sekadar pensyarah dengan pelajar saja. Tapi tanpa saya tahu, suami dah mula 'usha'.

"Dia akhirnya meluahkan perasaan untuk memperisterikan saya dan ketika saya di semester enam iaitu pada 23 Mac 2013, kami sah diijabkabulkan sebagai suami isteri," katanya kepada mStar.


Foto: mStar


Nurul Medina berkata keluarga daripada kedua-dua belah pihak tidak mempunyai halangan ketika mereka mengambil keputusan untuk berkahwin biarpun ketika itu dia masih muda dan belum menamatkan pengajian.

"Cuma saya sendiri yang rasa bimbang dengan penerimaan orang sebab berkahwin muda. Ketika itu saya berusia 19 tahun. Untuk ambil hati mentua, saya hanya menjadi diri sendiri, banyakkan bersembang... Alhamdulillah saya dikurniakan mak mentua yang baik.

"Kawan-kawan sekuliah pun tak sangka hubungan kami akhirnya ke jenjang pelamin sebab sebelum tu, mereka fikir hubungan ini takkan kekal lama," ujarnya yang merupakan seorang ejen hartanah.

Sementara itu, berkongsi serba sedikit kisah ketika melamar isterinya, Muhammad Fairuz, 40, berkata dia memberanikan diri untuk menyunting wanita itu sebagai suri hati kerana yakin ia adalah pilihan yang tepat.

"Sebenarnya ada juga rasa macam 'tak apa ke sebab dia muda sangat'. Tapi saya fikir niat saya baik. Alhamdulillah, urusan kami dipermudahkan.

"Apa yang membuatkan saya terpikat adalah kerana kecomelan wajahnya. Orang kata, dari mata turun ke hati," ujarnya yang kini bergelar pensyarah di sebuah kolej di Ipoh, Perak.

Pasangan ini yang kini sudah 10 tahun mendirikan rumah tangga dikurniakan empat orang cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga.

Mereka juga mengusahakan bisnes coklat homemade, Choco Locos, yang dibuat sendiri sejak Februari lalu sebagai pendapatan sampingan.

Tidak menyangka perkongsian video mereka menjadi tular, Nurul Medina dan suaminya terharu kerana menerima komen positif daripada netizen malah ramai turut mendoakan rumah tangga mereka.

"Bagi yang mungkin sedang melalui kisah percintaan seperti kami, apa yang saya boleh katakan, sungguhpun bercinta dengan pensyarah sendiri tapi utamakan pelajaran.

"Di samping itu, jangan jadikan kedudukannya sebagai batu loncatan untuk kepentingan sendiri. Buktikan apa yang anda buat adalah hasil usaha sendiri.

"Untuk yang bertemu jodoh usia muda pula, kuatkan mental untuk mendepani cabaran dan dugaan. Jika ada isu, selesaikan bersama-sama secara matang," akhirinya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shida81 17-7-2023 11:02 AM
Jqnji bujang.. Kat uni dulu student jd 2nd wife lecturer.. Dah la lecturer tu x hensem.. Gemok hitam rambut kerinting.. Mulut x de insurance.. Asik nk melucah je.. Student tu junior ak.. Putih2 tggi... Mungkin sbb duit kot.. X tau la klu bdk tu fetish ngn jantan hitam pendek....
Quote shernazz 17-7-2023 11:05 AM
Lecturer kolej iols muda2..
Tapi takde la masing2 main mata...
Hahaha
Sebab classmates weols ramai hensem2..
Quote ifanonline 17-7-2023 11:21 AM
budak2 zaman skrg ni, belasan tahun pun tetek sama besar dgn wanita yg dah ada anak 3, mana tak terbeliak pensyarah
Quote mamajawie 17-7-2023 12:22 PM
lelaki masa bujang herlok bila da kawen cam buruh ummah leluhur lak
Quote noor2 17-7-2023 12:31 PM
Lor...teringat kisah aku juga...lecturer tu dah ada phd offer kawin...tapi idokle terima
Quote Friska 17-7-2023 12:36 PM
Beda usia ndak jadi masalah. Yang penting bahagia dan harmonis. Suami saya lahir tahun 1971 dan saya lahir 1990. Selisih usia 19 tahun. Sekarang suami berusia 52 tahun dan saya 33 tahun.
Quote seri_mawr 17-7-2023 12:42 PM
shida81 replied at 17-7-2023 11:02 AM
Jqnji bujang.. Kat uni dulu student jd 2nd wife lecturer.. Dah la lecturer tu x hensem.. Gemok hitam ...

nasib uols sbt jantan hitam pendek...

ciri2 lain sama dah dgn lecturer iouls yg kawen student dia...ciri2 2nd wife pun sama...

cuma tang pendek jek lain....lecturer ioils hitam tinggi....ciri lain semua sama...hahahhaa..
Quote noor2 17-7-2023 12:42 PM
Friska replied at 17-7-2023 12:36 PM
Beda usia ndak jadi masalah. Yang penting bahagia dan harmonis. Suami saya lahir tahun 1971 dan saya ...

Suami u jumpa u kat mana Friska ? Sudi share kisah pertemuan pertama?
Quote CiliPadiSedap 17-7-2023 01:22 PM
shida81 replied at 17-7-2023 11:02 AM
Jqnji bujang.. Kat uni dulu student jd 2nd wife lecturer.. Dah la lecturer tu x hensem.. Gemok hitam ...

malam pertama confirm terpaksa guna jari, malam kedua baru dapat tarik bateri jam masuk apam
Quote CiliPadiSedap 17-7-2023 01:23 PM
Friska replied at 17-7-2023 12:36 PM
Beda usia ndak jadi masalah. Yang penting bahagia dan harmonis. Suami saya lahir tahun 1971 dan saya ...

tak payah cerita hal rumah tangga kau. orang dah tak nak tahu. kau tu ratu sondol. sondol suami orang. sondol ayah orang. kau ni xde maruah diri ke? takde perasaan malu?
Quote CiliPadiSedap 17-7-2023 01:23 PM
ifanonline replied at 17-7-2023 11:21 AM
budak2 zaman skrg ni, belasan tahun pun tetek sama besar dgn wanita yg dah ada anak 3, mana tak terb ...

setuju sangat. rasa sbb makan fast food atau sumpahan ikan asdan.
Quote kaoru44 17-7-2023 01:27 PM
mmg cute wife dia
Quote anony-mous 17-7-2023 01:34 PM
mamajawie replied at 17-7-2023 12:22 PM
lelaki masa bujang herlok bila da kawen cam buruh ummah leluhur lak

Hahahah i baru nk ckp her husband didnt age gracefully. Tp suka tgk pakaian dia masa student teringat zmn iols student sopan2 gitu
Quote anony-mous 17-7-2023 01:35 PM
CiliPadiSedap replied at 17-7-2023 01:22 PM
malam pertama confirm terpaksa guna jari, malam kedua baru dapat tarik bateri jam masuk apam

Hamboih cerita pengalaman sdri ke tu kaka?
Quote matseh 17-7-2023 01:46 PM
Edited by matseh at 17-7-2023 01:47 PM

Klass mate aku ada juga mcm ni. Tapi student lelaki, Lec perempuan. Beza umur pun 7-8 tahun. Kawinn juga. Yg bestnya. Lps kawin, Bini dia buat Master Kat UK. So dpt pegi UK. Skrg anak dah 4.
Quote lurve82 17-7-2023 02:33 PM
Edited by lurve82 at 17-7-2023 02:34 PM

Ok la bujg sama bujg. Klu dkt jab aku mmg ada bbrp org pensyarah kawen student atau ex student. Lelaki ada ppuan pun ada. Aku yg bini org pun ex student selalu la message ajak hiking. Aku mls nk layan perangai bbnu
Quote pittjie 17-7-2023 02:43 PM
perlu ke cerita2 cenggini masuk dlm thread CI?????!!!!! isu semasa ke ni?? who are youussssssss!! bertambah gampang la wartawan cari sekarang ni.
Quote mdhelmi 17-7-2023 04:21 PM
zaman aku pulak ramai kawan perempuan kahwin dengan lelaki tempat dia intern
Quote krustykrab 17-7-2023 04:44 PM
shida81 replied at 17-7-2023 11:02 AM
Jqnji bujang.. Kat uni dulu student jd 2nd wife lecturer.. Dah la lecturer tu x hensem.. Gemok hitam ...

Entah² dicalit minyak dagu kot

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.049473 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top