CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fadlan Hazim Tak Nak Anak Cepat, "Kalau Boleh Tak Nak Ramai Sebab Susah Nak Ulang Alik Dua Negara"

17-7-2023 09:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1256| Komen: 8

Gembira dah selamat bergela suami kepada Aiya Mukhamedsalova, namun Fadlan Hazim sedih apabila keluarga isteri dari Kazakhstan tidak dapat menghadiri majlis pernikahan mereka.

Memandangkan keluarga mentua perlu menguruskan beberapa perkara penting, Fadlan atau Fadlan Hazim Anuwar, 31, berkata majlis resepsi yang dirancang juga terpaksa ditangguhkan pada Oktober depan bagi membolehkan mereka semua hadir.


Foto: Harian Metro

"Memang sedih sebab keluarga isteri tidak dapat datang. Tetapi benda yang wajib perlu diteruskan. Syukur semuanya berjalan lancar.

"Bukan mudah nak kumpul semua ahli keluarga isteri untuk datang ke sini (Kuala Lumpur). Jadi sebab itu majlis resepsi yang dirancang bulan ini pun terpaksa ditangguhkan,” katanya kepada mStar.



Terdahulu, Fadlan sah bergelar suami kepada Aiya dengan sekali lafaz pada Ahad dalam majlis serba ringkas berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pasangan ini dinikah oleh Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Muhammad Fairudz Saderi.

Bagaimanapun, majlis berkenaan turut disaksikan oleh keluarga Aiya menerusi sesi panggilan video.


"Keluarga dia sana happy kami sudah bernikah.

"Kami tidak merancang untuk adakan majlis resepsi di sana. Tetapi pastinya kami akan balik ke sana nanti,” ujarnya.

Bercakap mengenai karier, Fadlan berkata isteri cukup memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon.


"Selepas ini saya tidak akan memaksa kalau dia nak ikut saya ke mana-mana majlis. Terpulang kepadanya.

"Apabila dah bernikah ini bermakna dia faham dan menerima kerjaya saya. Lagi pun kami serasi dan memahami antara satu sama lain sebab sudah lama berkawan," ujarnya.


Fadlan Hazim pilih wanita Kazakhstan sebagai suri hati.

Diusik tentang perancangan memiliki cahaya mata, pasangan ini memberitahu mereka tidak terburu-buru ke arah itu.

"Soal anak pula, rasanya tidaklah dalam masa terdekat. Kalau boleh tak mahu anak ramai sebab kami akan selalu ulang-alik Kazakhstan dan Malaysia,” jelasnya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cpkay 17-7-2023 09:49 AM
bernikah jua walaupun bercinta sekejap je.. ini namanya ada jodoh..
dulu waktu bercinta dengan cina sorang tu dari zaman sekolah tapi tiada jodoh.
selamat menempuh alam perkahwinan.
Quote nurul_akmar 17-7-2023 09:59 AM
mcm muka melayu je bini dia.. muka fadlan lebih mix dr bini dia
Quote mamajawie 17-7-2023 10:11 AM
kepamnya mamat ni..x pdan dulu ensem lagi dia dari 3M
Quote bottombikini 17-7-2023 10:37 AM
ohhh setelah baca artikel tu 2x baru tau dia ni pelakon rupanya

Quote alieyrina 17-7-2023 10:39 AM
Kessah pulak aku
Quote heythere123 17-7-2023 10:55 AM
Cpkay replied at 17-7-2023 09:49 AM
bernikah jua walaupun bercinta sekejap je.. ini namanya ada jodoh..
dulu waktu bercinta dengan cina ...

heols dengan Julie tu sama2 anak orka ke chuols?
Quote rosedemon 18-7-2023 08:57 AM
ha doa la cmtu kang tuhan xbg ko anak terus
Quote Suchi 18-7-2023 09:11 AM
Mcm rendah je bini dia, kazakh ni mmg rupa dorang oriental eh, mcm etnik ughur (betul ke eja ni) tu lebih lawa skit sbb hidung mancung mata tak berapa sepet.
Ingatkan yg ada tan tan ni semua rupa ala2 hindi+ereb.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 11:42 AM GMT+8 , Processed in 0.193086 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top