Sesiapa yang mengikuti perkembangan Fuad Rahman terutama peminatnya pasti sudah sedia maklum penyanyi itu adakalanya tampil di media sosial menggayakan aksesori subang pada kedua-dua telinga.
Fuad menjelaskan dia menanggalkan subang yang dipakainya ketika menunaikan solat atau pun memenuhi undangan persembahan. Katanya, dia hanya memakai aksesori tersebut ketika berada di rumah sahaja. "Kalau solat saya tanggalkan la anting-anting (subang). Kalau buat persembahan pun saya akan buka. Dekat rumah sahaja saya pakai," katanya. Fuad berkongsi mengenai perkara itu ketika menjawab pertanyaan yang diajukan netizen sewaktu melakukan sesi siaran langsung di laman TikTok bersama isterinya, Tom baru-baru ini. Selain bertindik di bahagian telinga, Fuad juga dilihat bertindik di bahagian kening. Menurutnya lagi, jumlah subang yang digayakan ketika ini sudah pun dikurangkan jika dibandingkan dengan beberapa tahun dahulu.
"Sekarang okay lagi, kalau dulu lagi penuh saya tindik subang, dekat tengah-tengah hidung ada, kawasan dagu pun ada," katanya lagi.
|
ADVERTISEMENT