CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kedai Runcit Kenakan Bayaran Kepada Pelanggan Datang ‘Tengok-Tengok Barang’

16-7-2023 10:21 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 823| Komen: 3

Barcelona: Kecewa dengan pelancong yang hanya datang untuk bergambar, pemilik kedai runcit berusia lebih seratus tahun di Barcelona mengumumkan untuk mengenakan bayaran 5 euro (RM25) kepada pengunjung yang masuk tanpa membuat pembelian di premis itu.


Kedai Queviures Múrria menjalankan perniagaan sejak 1898 dan merupakan salah satu lokasi yang paling menarik perhatian di seluruh Barcelona.

AMARAN bayaran kepada pelancong yang hanya mahu melihat dan bergambar ditampal di tingkap kedai Queviures Múrria di Barcelona.-AGENSI

Penampilan vintaj dan reka bentuk dalaman tradisional menarik beratus-ratus pelancong setiap hari, tetapi ramai yang datang tidak berminat dengan produk yang dijual termasuk pelbagai jenis sosej tradisional yang diawet, potongan daging beku, keju, minyak, wain dan lain-lain.

Pengurus Queviures Múrria, Toni Merino berkata, idea menampal peringatan untuk mengenakan bayaran kepada pelancong yang hanya masuk ke kedai runcit itu dan melihat sekeliling tanpa membeli apa-apa bermula sebagai jenaka.


Tetapi apabila kakitangan dan pelanggan tetap mengadu semakin tidak selesa dengan peningkatan pelancong yang masuk dan mengambil gambar walaupun langsung tidak berminat dengan produk yang dipamerkan, mereka memutuskan untuk benar-benar melaksanakannya.

Tindakan itu bagaimanapun mendapat kecaman warga net selepas tular di media sosial baru-baru.

Namun Merino menjelaskan, pihaknya tidak berniat mengenakan bayaran masuk untuk mengaut keuntungan, sebaliknya dengan menyiarkan amaran berkenaan di tingkap kedai, mereka berjaya menghalang kebanyakan pengunjung yang tidak diingini.

“Kini, kebanyakan pelancong yang masuk ke dalam kedai akhirnya membeli sesuatu kerana mereka tidak suka merenung bahagian dalam kedai hanya melalui tingkap,” katanya.


Sumber: Utusan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jfq 16-7-2023 11:58 PM
Mmg patut pun
Lagi2 jenis influenza yg menyemak
Quote hungryhenry 17-7-2023 12:02 AM
Barcelona ni bandar termahal antara semua bandar kat spain. Nak cuci mata pun kena caj yee
Quote supernaturalee 17-7-2023 09:00 AM
cun sgt ke id kedai dia

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.094862 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top