CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Saman Kekasih Selepas ‘Kantoi’ Sudah Bersuami

16-7-2023 10:18 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 715| Komen: 3

New York: Seorang lelaki dari Queens, New York yang sering menghadiahkan barangan kemas kepada kekasihnya bertindak menyaman wanita itu kerana menipu selepas mengetahui bahawa dia sudah berkahwin dan mempunyai anak.


Akhbar New York Post melaporkan menurut dokumen mahkamah bahawa lelaki dikenali sebagai Chaoran Li dari mula bertemu janji dengan Maio Tingli pada April 2022.


Dia bahkan pernah melutut di hadapan wanita tersebut untuk melamarnya selepas hanya sebulan berkenalan, katanya dalam tuntutan mahkamah Mahkamah Agung Queens.

Menjelang perkahwinan mereka, Chaoran, 31, menghadiahkan Tingli, 38, cincin pertunangan bernilai lebih AS$55,000, (RM248,930), sebentuk batu permata nilam berharga AS$6,200 (RM28,061) dan cincin batu delima berharga AS​​$6,300 (RM28,513). 

Dia menuntut semua barangan berharga itu dalam pemfailan undang-undang.

Chaoran juga dilaporkan memutuskan hubungannya dengan Tingli pada Mac lalu selepas mengetahui wanita berkenaan mempunyai suami dan dua anak.


Tuntutan itu, yang difailkan pada Rabu lalu, bagaimanapun tidak memperincikan bagaimana dia mengetahui tentang keluarga Tingli. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 18-7-2023 06:48 AM
Pening crta cnta 3 segi ni
Quote shamsadis 18-7-2023 08:17 AM
masalah kalau penduduk berbiliion ni, rekod pulak berterabur, kalau ada apps MySejahtera, boleh scan tengok rekod keluarga
Quote maharani_gebu 18-7-2023 08:37 AM
ingatkan perempuan kat malaysia aje makin birah...  kat luar negara pun sama daaa

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.075908 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top