CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tumpu Pemasaran Filem Berbanding Bergantung Skim Wajib Tayang - Fahmi Fadzil

16-7-2023 10:05 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 381| Komen: 3

Kampar: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) berharap syarikat penerbitan filem memberi tumpuan dari segi pemasaran filem berbanding bergantung kepada Skim Wajib Tayang semata-mata.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, kelemahan dari segi pemasaran menjadi punca filem yang diterbitkan tidak mendapat sambutan ramai.



“Kalau tidak ada promosi, maka orang tidak akan tahu. Jadi banyak daripada filem yang kita lihat berjaya itu, kadar promosinya tinggi dan meluas.

“Dana yang disediakan oleh pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) adalah untuk pembikinan filem dan kelemahan utama dilihat adalah dari segi proses pemasaran. Ia (dana) ada untuk pemasaran tapi mungkin bagaimana cara ia dimanfaatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi bekas wartawan sambilan akhbar Cina, Ng Kan Seng di Mambang Di Awan, di sini hari ini.


Menurut Fahmi, pihaknya akan berbincang dengan barisan Ahli Lembaga Pengarah Finas untuk meneliti aspek-aspek termasuklah dana kandungan digital pada minggu hadapan.

“Selepas itu, saya akan minta lembaga pengarah untuk teliti aspek-aspek termasuklah dana kandungan digital, prestasi mutu persembahan bagi filem-filem yang dihasilkan melalui dana kandungan digital,” katanya.

Terdahulu, tular sebuah ciapan berkaitan sebuah filem yang mendapat dana RM550,000 daripada Finas tetapi kurang mendapat sambutan dengan hanya memperoleh kutipan filem lebih kurang RM5,000. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 17-7-2023 08:10 AM
nak promote pun makan modal
Quote Firenzza 17-7-2023 08:53 AM
Aritu bkn main mrh tokey panggung sbb bg sikit slot unfold story tuh....marketing bkn main gahh...ujong2 bdk sklh kna kerah
Quote arnauld 17-7-2023 09:09 AM
Semenjak kjann madanon take over aku rasa eloklah bank negara tabung haji finas semua ni di tutup rapat2, tak berbaloi bayar gaji dia prg semua. Gaji nak naik performance makin turun. Tutup better rakyat boleh struggle sendiri, kjaan pun jimat duit

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 12:32 PM GMT+8 , Processed in 0.032913 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top