CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

21 Pengunjung Positif Dadah Dalam Serbuan Pusat Hiburan

16-7-2023 10:01 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 297| Komen: 1

Kuala Lumpur: Polis menahan 49 individu termasuk pelayan pelanggan warga asing dalam serbuan di dua pusat hiburan di Jalan Klang Lama di sini, awal pagi tadi.

Serbuan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.


Polis menahan 49 individu termasuk pelayan pelanggan warga asing dalam serbuan di dua pusat hiburan di Jalan Klang Lama di sini, awal pagi tadi. FOTO Ihsan PDRM

Polis Kuala Lumpur dalam Facebook rasmi berkata, daripada 49 individu yang ditahan 21 daripadanya positif dadah, 23 individu adalah pelayan pelanggan, tiga pekerja warga asing dan dua penjaga premis.

"Semua tangkapan berusia 20 hingga 50 tahun. Serbuan turut merampas pelbagai peralatan hiburan di dalam premis seperti pembesar suara dan mikrofon.


"Hasil siasatan mendapati semua 21 pengunjung yang positif dadah mendapatkan bekalan dadah daripada luar sebelum datang berhibur," katanya.

Menurutnya, 23 pelayan pelanggan warga asing pula datang ke Malaysia dalam tempoh antara 1 minggu hingga sebulan yang lalu.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1) , Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya 1952 , Seksyen 55B Akta Imigresen, dan Sek 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote antikorok 16-7-2023 11:14 PM
Edited by antikorok at 16-7-2023 11:15 PM

1.2 jota ummah PRC masok tanah ayer ujong2 menghilangkan dirik tak gheti-gheti bahasa berambus kuar tersenyum sinissss!

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 10:28 AM GMT+8 , Processed in 0.036241 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top