CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zarina Zainuddin Sabar Layan Anak Autisme, Kali Ini Azal Lari Rumah Jiran Stres Azil Kerap Mengamuk

16-7-2023 09:53 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5832| Komen: 91

Menerusi perkongsian terbaharu di Instagram, Zarina Zainuddin, 52, memuat naik video memperlihatkan Azal yang sudah hilang sabar dengan abangnya iaitu Azil yang kerap mengamuk di rumah.

Bimbang perkara buruk berlaku, Zarina berkata dia terpaksa membawa Azal bekerja bagi mengelakkan emosi anaknya itu terus terganggu.


"Azal cuba mengawal emosi... sebab itu saya terpaksa bawa Azal pergi berniaga. Azal stres terus dekat rumah kerana abang Azil selalu buat Azal hilang sabar.


"Azal sampai lari duduk rumah jiran... Azal sekarang bersama saya di Singapura untuk berniaga," katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Dalam rakaman video dikongsi, Azil dilihat menyerang seorang wanita dengan pantas aktres berkenaan menenangkan anak istimewanya itu.

Malah, Azal dilihat menghubungi seseorang dipercayai bapanya bagi mengadu keadaan dirinya yang sudah tidak tahan dengan Azil.


Azal juga tidak mahu pulang ke rumah kerana tidak sanggup berdepan dengan abangnya dan menumpang di kawasan jiran.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat memberikan semangat dan berdoa agar pelakon berkenaan terus kuat dan dipermudahkan segala urusannya.

"Semoga akak terus sihat ya kak jaga Azal dan Azil... Semoga Allah beri ganjaran pahala tak terhitung nilainya.

"Hanya Allah sahaja yang tahu berapa kuat, tabah dan sabarnya kak Zarina.

"Hanya orang-orang terpilih dan istimewa yang dititipkan anak-anak yang istimewa... ladang syurga dan pahala untuk ibu Azal dan Azil," tulis netizen.


Untuk rekod, Zarina mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu sepasang kembar termasuk Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan dan Muhammad Razil Azrai Abu Raihan yang kini berusia 27 tahun.

Azil menghidap hyper autisme manakala Azal mempunyai mild autisme yang dikesan ketika umur mereka berusia tiga tahun.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Manusiabesa 16-7-2023 10:02 PM
Even zz ni bingit .tp aku nk ckp.anak autisme mmg menguji kesabaran parent. Pahala byk utk parent yg mmpu mengatasi autisme child. Mmg tokleh bwa p public place. Kedai mkn cthnya, budak tu kacau abis meja sebelah. Qisau den.hahah.
Quote little_sis 16-7-2023 10:11 PM
Oo dia ada anak2 lain selain kembar ni rupanya.. ingatkan 2 ni je anak dia..
Quote September14 16-7-2023 10:18 PM
Ghisau tgk bila dia mngmok tkut cederakn org lain… btul lah ujian utk zarrina
Quote irsa 16-7-2023 10:40 PM
Kasihan pula tgk makcik dlm rakaman tu mcm kena hempuk ke digigitnya dek anaknya zz. Pembntu rumah deols mungkin kot
Quote HappyGumbira 16-7-2023 11:03 PM
tertanya2 iols budak yg hyper autism ni makpak memang la bela, once mak pak mati? sanggupkah adik beradik bela? masing2 ada keluarga dan tjawab juga. yg mild autism ni boleh bcakap boleh urus diri, yg hyper. parent makin tua, kudrat makin merosot. yg autism makin kuat.
Quote slyfynx 16-7-2023 11:23 PM
Although x berapa gemar cara die up anak untuk publisiti, aku ttp terpanggil nk puji sbb kesabaran untuk jaga nak2 austism ni sgt la tinggi.
X semua boleh tahan ujian ni.
And bile die up, at least ramai jg la yang tau pasal autism.
Quote Selubung 17-7-2023 12:04 AM
Apa2 pun sis respect dgn dia, jaga anak istimewa ni mmg menguji kesabaran anak pun ada 4 org tu haa
Quote Moyangkucing 17-7-2023 01:00 AM
Kesian juga kat dia walaupun x berapa suka. Org yg ada seorang anak autisme pun stress ini kan pula dia sampai 2 orang.
Tapi tiap kali tengok dia tetap teringat kisah silamnya yg memalukan itu.
Quote mawardia 17-7-2023 02:04 AM
Dgr lah cakap doc.
Therapy pegi.
Ubat bagi.
Biar dia tenang.
Kau pun senang nak bekerja!
Quote doubleA 17-7-2023 02:13 AM
Iols pun respek parent dgn anak autism ni, lagi2 yg non verbal mcm azil dan adamautism tu, deme ni laki, bila tantrum umur dewasa ni makpak dah kurang tenaga nak kawal. Deme makin besar, makpak makin tua, kudrat pun kurang nak lawan, kena banyak sabar jela
Quote sharlenetexas 17-7-2023 02:17 AM
Tak makan ubat ke? Larat pulak jiran layan karenah deyols ni.

Quote sharlenetexas 17-7-2023 02:20 AM
Edited by sharlenetexas at 17-7-2023 02:21 AM
mawardia replied at 17-7-2023 02:04 AM
Dgr lah cakap doc.
Therapy pegi.
Ubat bagi.


Teringat masa bday anak sheols trigger pasal lampu liplap. Anak umur 27 tahun takkan family tak cakna perkara yg boleh trigger ni?

Quote awenda507 17-7-2023 05:51 AM
Sibuk juga merekod2 tu. Adoi rengaa betul aku dengan makcik ni
Quote Binodino 17-7-2023 08:24 AM
awenda507: Sibuk juga merekod2 tu. Adoi r ...


Iols sependapat dengan uols. Kalau dia tak rakam pun orang tau dia punya struggle nak handle anak2 autistic. Tapi bila galak sangat nak merakam tu jadi rengsa pulak.
Quote mawardia 17-7-2023 10:20 AM
sharlenetexas replied at 17-7-2023 02:20 AM
Teringat masa bday anak sheols trigger pasal lampu liplap. Anak umur 27 tahun takkan family tak ca ...

Exactly. Bukan baru diagnose sebulan.
Quote OsHiN_hOnEy 17-7-2023 10:26 AM
mawardia replied at 17-7-2023 02:04 AM
Dgr lah cakap doc.
Therapy pegi.
Ubat bagi.

kalo ikut ckp doc
takda lar konten utk dia buat
anak2 autism dia lar her selling point
pelik sorg mak tega tengok anak cederakan diri sendiri
sampai berdarah2
kalo dia tinggal di negara yg lebih maju
mmg anak2 dia will be taken away
and she lock in an asylum
dia bertahan hidup sampai upgrade her lifestyle
because of people yg tabik spring kat dia
padahal it's child abuse
Quote Thunderclouds 17-7-2023 10:37 AM
27tahun bela.
Bukan senang yer.
Org ckp patut itu patut begini mmg mudah.
Pakai air lior.
Ko anak istimewa pon xde.
Yg mngembala hadap hari² ja paham struggle bela budak autism.
Kalo yg high functioning alhamdulillah. Rezeki. Tu pon kengkadang mai angin kus² pinggan cwn pon bole terbang.
Ini kn pulak yg level severe.
Medication bukan solution & bukan 100% reliable.
Kalo xsekasut dok diam² toksah mngomel mcm pandai sgt.
Yg sekasut pon kadang² ada masa tunjuk bangang sbb ank dia bole behave katanyehh..
Gitoh iols bekap.
Quote Thunderclouds 17-7-2023 10:44 AM
OsHiN_hOnEy replied at 17-7-2023 10:26 AM
kalo ikut ckp doc
takda lar konten utk dia buat
anak2 autism dia lar her selling point

Kt YT byk channel ank² autism mat salleh punya.
Segala mala meltdown, tantrum bole tgk.
Mak bdarah,anak bdarah.
Rumah mcm tongkang pecah.
Aku tgk aku pon leh nanges.
Tader pulak welfare p kutip.
Welfare pon xleh nk carik foster family yg sanggup gembala budak² aggressive.
Quote Thunderclouds 17-7-2023 10:49 AM
mawardia replied at 17-7-2023 02:04 AM
Dgr lah cakap doc.
Therapy pegi.
Ubat bagi.

Easier said than done.
Bg dia tenang?
Obt mcm ritalin utk budak² adhd pon xleh bg life long.
Bg obt pon effect 'tenang' dia brapa jam ja.
Bukan 'tenang' sepanjang hari.
Tadak prescription utk tenang ol the time.

Lihat semua komen(91)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 03:26 AM GMT+8 , Processed in 0.124852 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top