CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rizman Ruzaini Tak ‘Berlawan’ Dengan Tudung Lain, Jenama Ada Pengikut Kuat

16-7-2023 09:33 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2403| Komen: 17

Menyambut ulang tahun kedua jenama tudung RR Mono Scarves, pereka duo terkenal Rizman Ruzaini berasa sangat gembira kerana mendapat sokongan daripada peminat skaf.

Mengulas mengenai persaingan daripada jenama tudung lain, Ruzaini berkata tudung jenama mereka mempunyai pengikut tersendiri.


"Untuk persaingan, kalau di Malaysia ini adalah sihat sebab tiada berlawan antara satu sama lain. Saya fikir, jenama kami ada pengikut yang sangat kuat dan apa yang kami hasilkan ini adalah khas untuk mereka.


"Memang kami mengharapkan sokongan berterusan daripada pembeli. Kalau diikutkan skaf ini hanya dipasarkan secara dalam talian dan tidak lama lagi akan dijual di butik kami seluruh Malaysia. 

"Hujung tahun ini kami akan buka sekali gus di lima tempat. Jadi, pembeli boleh lihat dan rasai secara dekat kualitinya," kata Ruzaini.

Ingin lari daripada kebiasaan, Rizman Ruzaini memilih untuk merayakan sambutan ulang tahun kedua jenama tudung mereka yang dibuat secara berperingkat.


Kata Rizman, 39, atau nama sebenarnya Rizman Nordin, antara yang menarik perhatian adalah pembukaan ‘pop-up store’ jenama RR yang terletak di KL East Mall, Kuala Lumpur.

"Bulan ini adalah ulang tahun kedua untuk RR Mono Scarves daripada Rizman Ruzaini. Seperti tahun lalu, kami adakan sambutan secara besar-besar bagi meraikan pencinta skaf kami.

"Cuma, kali ini kami akan buat lain sedikit iaitu secara berperingkat. Peringkat pertama, kami buat ‘pop-up’ di KL East Mall yang mana kami akan melancarkan tudung terbaharu iaitu RR Geometrik.

"Kemudian kami juga akan menjalankan beberapa aktiviti termasuk diskaun khas untuk semua skaf dan baju yang boleh dipadankan dengan skaf itu.

"Acara kemuncak pula adalah sambutan ulang tahun skaf Rizman Ruzaini pada 29 Julai ini. Kami menjemput mereka yang sudah memiliki RR Mono Scarves dan istimewa untuk 200 yang pertama akan dapat tudung edisi khas Rizman Ruzaini secara percuma. Mereka hanya perlu pakai RR Mono Scarves ke acara tersebut," katanya.


Sumber: Oh Bulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 17-7-2023 08:13 AM
yo laaa bersaing sihat
Quote laksmanabentan 17-7-2023 08:19 AM
okay la tu
Quote nw111 17-7-2023 08:30 AM
Dia ni x payah susah2 cari duta...guna bini dia cukup dah..suka je tgk bini dia punya dressing..pakai baju n tudung apapun elok je terletak
Quote marchikobonzo 17-7-2023 10:22 AM
Sendu dah brand ni..
Quote emera 17-7-2023 10:24 AM
Tak penah nmpk org pakai tudung dia.
Quote mamajawie 17-7-2023 10:29 AM
tudung dia lawa2 tapi harga nauzubillah
Quote dekmieDandy 17-7-2023 10:52 AM
kat opis aku ni, clerk pun pakai tudung dia

banyak design pulak tu dia beli
Quote Kurex 17-7-2023 10:54 AM
Dah kawen pun masih cari jantan
Quote Janetnasuha 17-7-2023 11:24 AM
Kurex replied at 17-7-2023 10:54 AM
Dah kawen pun masih cari jantan

Janji ade bini
Quote abangnon 17-7-2023 11:29 AM
si Rizman ni dah pi haji pon tetap geletis tak jaga halal haram ye... Coverina pon satu... sudah2 la tu. btw anak she cute ya
Quote abangnon 17-7-2023 11:30 AM
si Rizman ni dah pi haji pon tetap geletis tak jaga halal haram ye... Coverina pon satu... sudah2 la tu. btw anak she cute ya . Bila nak berbaik dgn kek faz yg dulunya twinne bagai
Quote Diamondmoney 19-7-2023 04:26 PM
nw111 replied at 17-7-2023 08:30 AM
Dia ni x payah susah2 cari duta...guna bini dia cukup dah..suka je tgk bini dia punya dressing..paka ...


Bini dia lawa. Tp kdg lebih retis dr retis

Over naw pakaian
Quote Masukkeluar 19-7-2023 04:45 PM
beg dia yg monogram sup bunjut tu huduh sungguh. mcm beg getah murahan dgn kaler oren pink hijau. siapa la yg beli. hrga pn mcm yahudi.
Quote LadyCarefree 19-7-2023 06:39 PM
Diamondmoney replied at 19-7-2023 03:26 PM
Bini dia lawa. Tp kdg lebih retis dr retis

Over naw pakaian

Tengok interview yg spontan. Lain sungguh muka dia dengan yg kat IG dia.
Quote nw111 19-7-2023 06:49 PM
Diamondmoney replied at 19-7-2023 04:26 PM
Bini dia lawa. Tp kdg lebih retis dr retis

Over naw pakaian

Sure la kalah retis...dh sheols blh dpt baju free hari2...kalau aku pun melaram je la...body lawo..pakai apa pun cantik..rugi la kalau x over..

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 11:45 AM GMT+8 , Processed in 0.088754 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top