CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penumpang Patah Tulang Selepas Pesawat Alami ‘Turbulence’

16-7-2023 07:59 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 407| Komen: 1

Washington: Sebuah pesawat Allegiant Airlines mengalami situasi pergolakan udara yang teruk ketika dalam penerbangan dari Carolina Utara ke Florida di Amerika Syarikat, lapor laman berita Wion New semalam.


Sebahagian penumpang dan anak kapal dilaporkan patah tulang dan mengalami kecederaan parah ketika dalam insiden tersebut dengan ramai orang membandingkan penerbangan itu seperti adegan dalam filem ‘The Matrix’.

Sebuah pesawat Allegiant Airlines mengalami pergolakan udara ketika terbang dari Carolina Utara ke Florida pada 12 Julai lalu. - Foto Twitter

Pesawat itu membawa 179 penumpang dan enam anak kapal, di mana empat daripadanya mengalami kecederaan.

Pada 12 Julai lalu, penerbangan 227 Allegiant Airlines itu berlepas dari Carolina Utara dan dilanda pergolakan udara semasa menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa St. Pete-Clearwater.


Seorang pramugari dilaporkan terpelanting ke udara sebelum jatuh semula ke lantai pesawat.

Sementara itu, seorang lagi penumpang yang meninggalkan tempat duduk dan pergi ke tandas sebelum insiden bermula cedera dengan darah keluar dari kepalanya.

Menurut syarikat penerbangan itu, penerbangan tersebut mendarat dalam keadaan selamat.

Selepas mendarat, kakitangan perubatan tampil dan bergegas memberi rawatan kepada mereka yang mengalami kecederaan.

Dua pramugari dan dua penumpang telah dimasukkan ke hospital dengan tahap kecederaan masih tidak diketahui. – Agensi


Sumber: Kosmo! Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 17-7-2023 10:47 AM
Scarinyer kan cuolls

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 08:27 AM GMT+8 , Processed in 0.117866 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top