CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Diperkosa 6 Lelaki Ketika Melancong

16-7-2023 07:53 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 432| Komen: 0

Madrid, Sepanyol – Seorang remaja warga Jerman berusia 18 tahun mendakwa dia diperkosa enam lelaki selepas dibawa ke sebuah bilik hotel di bandar Majorca, Sepanyol Khamis lalu ketika melancong.

Akhbar Mirror UK melaporkan, keenam-enam suspek diarah memberikan keterangan di hadapan hakim semalam.

Lima daripada mereka ditahan beberapa jam selepas mangsa membuat laporan kepada pihak berkuasa. Lelaki keenam yang cuba melarikan diri ditahan lewat hari sama.

Suspek ditahan beberapa jam selepas mangsa membuat laporan polis. - Splash

Menurut mangsa yang pergi bercuti rakan-rakannya di Palma Beach, dia bertemu seorang lelaki berusia 20 tahun di pulau itu.

Mangsa kemudian dibawa pulang ke hotel lelaki tersebut tetapi apabila tiba di bilik, terdapat lima lagi lelaki lain yang sedang mabuk.


Dia cuba meninggalkan bilik itu tetapi mereka menghalangnya sebelum beberapa lelaki memperkosanya sambil disaksikan yang lain.

Setelah melaporkan serangan itu kepada penyambut tetamu, dia dibawa ke hospital Son Llatzer.

Ejen Unit Keluarga dan Penjagaan Wanita Polis Negara kini melancarkan siasatan bagi kes tersebut. – Agensi


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 06:23 AM GMT+8 , Processed in 0.028042 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top