CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Empat Premis Di Tumpat Beroperasi Semasa Solat Jumaat Dikompaun

16-7-2023 07:48 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 695| Komen: 7

Tumpat: Pemilik empat buah premis di daerah ini dikompaun sebanyak RM500 selepas didapati menjalankan operasi perniagaan semasa umat Islam menunaikan solat Jumaat kelmarin.

Operasi mengesan premis-premis terbabit dijalankan oleh anggota penguat kuasa wanita Majlis Daerah Tumpat (MDT) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheaik).


Anggota penguat kuasa wanita MDT dan Jahaeik mengeluarkan notis kompaun kepada pemilik sebuah premis di Tumpat yang beroperasi pada waktu solat Jumaat. FOTO IHSAN MDT

Setiausaha MDT, Mohd. Azwan Ab. Rahman berkata, siasatan mendapati, segelintir premis masih berdegil dengan membuka premis mereka ketika waktu solat Jumaat yang merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 109 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

Menurutnya, selain solat Jumaat, seksyen itu juga memperuntukan bahawa peniaga perlu menutup operasi perniagaan mereka semasa solat mahgrib terutamanya bagi peniaga pasar malam.


“Sehubungan itu, MDT telah mengeluarkan notis kompaun tidak melebihi RM500 atau penjara tidak melebih enam bulan atau kedua-duanya sekiranya disabitkan kesalahan.

“Semua pengusaha premis dan peniaga pasar malam diingatkan supaya mematuhi segala arahan ditetapkan bagi mengelak sebarang tindakan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Mohd. Azwan memberitahu, pihaknya sebelum ini sudah menerima aduan berhubung premis perniagaan yang menjalankan perniagaan pada waktu solat Jumaat. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 16-7-2023 07:53 PM
Kt madinah kiosk2 yg degil meniaga masa waktu solat kena roboh terus
Quote limesherbet 16-7-2023 07:59 PM
buat la kat selangor pun...kat ara damansara contohnye kedai mamak nearby masjid ara dmsr ni penuh dgn melayuss melepak tak gi solat masa yg lain tengah solat...muka tak malu dgn tuhan, apetah lagi dgn kaum wanita...tak malu ke weol tgk u tak gi solat jumaat
Quote Orix 16-7-2023 09:06 PM
knp solat jumaat je kena ttup? knp tak zohor, asar, maghrib, isyak kalo boleh subuh pun better pi ketuk satu2 rumah check da bangun tido utk solat ke tidak ? so airport dekat KB tu bila solat jumaat semua kaunter semua kena ttup ummah yg bekerja di airport tu semua kena tggal kan keje la? kot2 ada kapal terbang nak landing pun kena tggu Q dati menara kawalan lepas solat jumaat gituh ?

sahaja aku solat jumaat kerana majlis perbandaran gituh ?
Quote limesherbet 17-7-2023 06:57 AM
Orix replied at 16-7-2023 09:06 PM
knp solat jumaat je kena ttup? knp tak zohor, asar, maghrib, isyak kalo boleh subuh pun better pi ke ...

Orang keja airline macam pilot crew etc mana la solat jumaat kalau tengah bekerja, solat zuhur je. kalau counter, mereka akan pass kat staff prempuan masa nak pergi solat jumaat..dan lain2
Quote KamikuP 17-7-2023 10:59 AM
Hok ni ambe setuju senggoti
Quote Orix 17-7-2023 12:33 PM
limesherbet replied at 17-7-2023 06:57 AM
Orang keja airline macam pilot crew etc mana la solat jumaat kalau tengah bekerja, solat zuhur je. ...

org ckap pasal yg keje kat airport dkat menara kawalan tu, bukan keje dalam kapalterbang. sah2 dalam kapal terbang tu dikira musafir. sah2 dalam gambo tu pekerja perempuan yg tgah bekerja dekat kaunter n saman dikeluarkan.... majikan kena saman sbb bukak jugak kedai waktu solat jumaat walaupun pekerja kafir / pekerja pompan yg keje...
Quote chiyoasuka 1-8-2023 05:31 AM
habislahhhhh

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.046914 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top