CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Kanak-Kanak, Guru Cedera Kereta Rempuh Taska

16-7-2023 06:26 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 930| Komen: 6

Kemaman: Dua kanak-kanak dan seorang guru taska cedera selepas sebuah kereta merempuh bangunan taska, di bandar Chukai, hari ini.

Kemalangan kira-kira jam 7.30 pagi menyebabkan Dhia Alisha Saffiya Mohd Faiz, tiga tahun dan Mohd IIhasiq Azmi Mohd Ridwan, satu tahun; masing-masing cedera di muka serta kepala.


Guru taska, Nurul Ain Idris, 31, dilaporkan luka di bahagian mulut.

Keadaan kereta yang merempuh sebuah taska sehingga menyebabkan dua kanak-kanak dan seorang guru cedera. Foto ihsan polis

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, berkata kemalangan berlaku membabitkan sebuah Proton Exora dipandu warga emas berusia 72 tahun.

Katanya, sebelum kejadian, pemandu kereta terbabit dikatakan mengundur kenderaan yang dipandunya itu untuk keluar dari rumahnya yang terletak di depan taska terbabit.


"Ketika mengundur keluar dari halaman rumahnya itu, mangsa dikatakan secara tiba-tiba tertekan pedal minyak sebelum hilang kawalan.

"Keadaan itu menyebabkan kenderaan yang dipandu mangsa melanggar bangunan taska terbabit dengan jarak kira-kira lima meter dari rumahnya," katanya.

Hanyan berkata, berikutan kejadian itu, ketiga-tiga mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kemaman dan mendapat rawatan di zon hijau hospital berkenaan.

"Pemandu kereta terbabit yang juga pesara tentera tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 16-7-2023 07:27 PM
Pokcik next time reversed parking masuk porch ok.  Org dah lama buat pokcik je yg lai lai....
Quote sukacactus 16-7-2023 07:59 PM
Atuk/bapak sapa ni?
Boleh dah kot larang dia dr bw kete pasni
Quote KamikuP 17-7-2023 11:08 AM
Pakcik naik grab je la lain kali.Selamat pon selamat, takyah nak fikir duit insuran roadtax dan minayk yaachh
Quote Cassieopeia 17-7-2023 01:12 PM
adoi tak dpt byg kalau dia langgar budak2 tengah berkumpul ke tido ke..
Quote chiyoasuka 31-7-2023 12:13 AM
bahayanya… syukur xda kmlngan jiwa
Quote Carcosa 31-7-2023 12:18 AM
Yihhhh. Aku kalau cikgu kat situ, pakcik tak pakcik, aku terajang kan muka dia, dan2 tu jugak. Pedulik apa aku. Dah nk mampos tu, duduk rumah je lah! Pegi masjid ke apa, Jalan kaki sana! Sebokkkk nak drive, nak tunjuk masih kuat dan tak nyanyuk lah tu. Semak tau orgtua mcm ni. Kau dah nak mampos dah, so sekejap je penyesalan ko. Bebudak tu kecik2 lagi pjg perjalanan hidup dia. Yihhhhhh. U better thank yr lucky star pakcik, aku bukan mak pada bebudak tu. Kalau aku mak diorang, siap kau. Aku buat balik apa kau buat pd bebudak tu. Tua tak tua.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 10:29 PM GMT+8 , Processed in 0.048147 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top