CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat Bayi Atas Longgokan Sampah

16-7-2023 06:18 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 282| Komen: 1

Lahad Datu: Mayat bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemui atas longgokan sampah di tempat pembuangan di Fajar di sini, malam tadi.

Mayat bayi berbalut sehelai kemeja kelabu itu ditemui kira-kira jam 11.30 malam.


Lokasi mayat bayi ditemui di tempat pembuangan sampah di Fajar, Lahad Datu. - FOTO IHSAN POLIS

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad, berkata mayat ditemui pemandu lori warga tempatan berusia 44 tahun ketika memungut sampah di kawasan berkenaan.

"Lelaki terbabit adalah pemandu lori kontraktor pembersihan yang ketika itu memungut sampah di kawasan berkenaan.

"Mayat bayi itu ditemui atas longgokan sampah," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, sepasukan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu diarah ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.


"Mayat bayi dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu bagi proses bedah siasat manakala kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat secara sulit," katanya.

Rohan Shah berkata, pihaknya sedang mengesan suspek kejadian itu dan oramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Hotline IPD Lahad Datu di talian 089-881255 atau pegawai penyiasat kes Inspektor Sophie Thomas Kasau di talian 013-9392505.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nurul_akmar 17-7-2023 10:17 AM
selamba ye buang anak dekat tempat pembuangan sampah

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.311569 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top